Pas menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan Dr Zakir Naik terus berada di negara ini adalah keputusan yang bijak dan tepat.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Perdana Menteri itu dibuat berdasarkan kepada hujah, dan bukannya berpandukan sentimen.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menyiasat siapa yang menimbulkan polemik politik berhubung isu terbabit.

"Isu ini isu akademik dan dakwah, maka perlu ditangani dengan secara akademik, serta demokrasi.

"Sepatutnya, kalau (ikut) demokrasi, dialog akademik itu perlu diadakan dan dialog yang bertujuan politik pula kita larang.

"Zakir perlu dipertahankan kerana keilmuan dia, dan kita perlu hormat ilmunya dalam berdialog, bukan hantar balik sehingga menandakan kebodohan, kelemahan kita sendiri," katanya.

Abdul Hadi berkata, pihaknya melihat keperluan untuk mengundang pendakwah bebas dari India itu mengadakan ceramah.

BACA: 'Kalau hantar Zakir Naik pulang nanti dia kena bunuh' - Tun M

BACA: Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara

Pada Khamis, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Zakir tidak akan dihantar pulang ke India.


Isu ini isu akademik dan dakwah, maka perlu ditangani dengan secara akademik, serta demokrasi
Sebelum ini, beliau berkata, Zakir tidak akan dihantar pulang sekiranya dia tidak mendatangkan sebarang masalah.

Ini kerana, wujud ancaman bunuh terhadap penceramah itu selain beliau sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.

Penceramah kontroversi itu kini disiasat polis berikutan kenyataannya semasa berucap di Kelantan baru-baru ini yang dikatakan berbaur perkauman.

BACA: 'Saya mohon maaf' - Zakir Naik akui tiada niat sakiti hati masyarakat bukan Islam

BACA: Zakir Naik masuk campur isu perkauman - Tun M