Keputusan kerajaan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi dijangka memberikan impak positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara serta kelangsungan pekerjaan rakyat.
Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, jika kerajaan tidak mengambil langkah berkenaan, sumber pendapatan negara akan menyusut, pertumbuhan ekonomi akan terencat dan pendapatan perniagaan serta individu akan terjejas.
Justeru, dengan mengambil kira keberkesanan memerangi wabak COVID-19, kini tiba masanya untuk memberi fokus menyeluruh dalam memulakan (restarting) dan merangsang semula sektor ekonomi negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemampanan ekonomi.
"Kerajaan membuat keputusan ini dengan penuh teliti, berhati-hati dan bertanggungjawab. Kerajaan telah memberi pertimbangan yang terperinci berdasarkan kepada data dan kajian yang dibentangkan berkaitan dengan situasi kesihatan serta kedudukan terkini ekonomi dan kewangan negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Jelas Mohamed Azmin pembukaan semula ekonomi secara berperingkat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1 hingga 3 jelas memberikan hasil yang baik dari segi ekonomi tanpa menjejaskan usaha membendung penularan COVID-19.
"Dengan mengambil kira perkembangan kesihatan dan keperluan menjana semula ekonomi, kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah pembukaan ekonomi secara berperingkat mulai 18 Mac hingga 28 April di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1 hingga 3 dengan pematuhan syarat-syarat kesihatan di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP).
"Tindakan yang teliti dan berhati-hati ini telah menunjukkan hasil yang baik khususnya dalam aspek penambahan sektor ekonomi yang dibuka dan pada masa yang sama, tidak menjejaskan usaha Kerajaan dalam membendung penularan COVID-19," tambahnya.
Jelasnya, kerajaan membuat keputusan berdasarkan tanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengariskan enam kriteria utama iaitu kawalan keselamatan, kawalan pergerakan, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, mengamalkan kebiasaan baharu dan kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.
"Pada masa yang sama, sekumpulan pakar perubatan dari Republik Rakyat China yang terlibat dalam penyelidikan dan pengurusan pandemik COVID-19 telah tiba di Malaysia dua minggu lalu. Mereka telah memberikan pendapat pakar dan berpandangan bahawa Malaysia bersedia memulakan aktiviti ekonomi.
"Semestinya kejayaan membendung penularan COVID-19 adalah hasil sokongan dan kerjasama rakyat di pelbagai peringkat: pekerja-pekerja, majikan dan persatuanpersatuan bukan kerajaan serta keseluruhan jentera Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri," kata beliau lagi.
Kerajaan juga berharap komuniti perniagaan khususnya Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) akan dapat memulihkan semula operasi perniagaan mereka, mengukuhkan aliran tunai, membina semula rantaian bekalan dan menangani risiko kehilangan pasaran eksport (reshoring).
Pada masa ini, PKS menyumbang 66 peratus kepada tenaga kerja di Malaysia. Maka, tindakan kerajaan pasti dapat menjamin kelangsungan pekerjaan dan pendapatan pekerja.
Sehubungan itu, sektor-sektor ekonomi yang akan beroperasi mulai 4 Mei ini wajib mematuhi syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi industri masing-masing. Kegagalan mematuhi SOP adalah satu kesalahan dan boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atas syarikat dan firma berkenaan.
"Perlu ditegaskan bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekiranya terdapat kenaikan mendadak kes-kes baru di mana-mana kawasan," tambahnya.
Astro Awani
Sat May 02 2020
![Keputusan benarkan operasi sektor ekonomi beri impak positif negara Keputusan benarkan operasi sektor ekonomi beri impak positif negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81587091012_AzminAli.jpg)
AZMIN: Kerajaan membuat keputusan ini dengan penuh teliti, berhati-hati dan bertanggungjawab. - Gambar fail
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715942833_AzminAli.jpg)
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
![Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716276606_AmirudinShari.jpg)
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
![Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715942100_AzminAli.jpg)
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
![Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715828713_SyedSaddiqbuku.jpg)
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
![Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018 Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715827234_SyedSaddiqbukuj.jpg)
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
![Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615986_DeepakJaikishan.jpg)
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
![Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715424764_FaizalAzumu.jpg)
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714277700_TBazmin.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Bersatu Tanjong Karang digantung Bersatu Tanjong Karang digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712117819_PRIBUMI.jpg)
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939432_AmirudinShari.jpg)
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.