JOHOR BAHRU: Kepulan asap di Bilik High Voltage di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam, berpunca daripada isyarat palsu (false alarm) Sistem Pemadaman Kebakaran Jenis Aerohub yang telah menyebabkan gas aerosol dibebaskan.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata kejadian di bilik yang terletak di antara bangunan induk dan bangunan poliklinik HSA itu, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
"Pengurusan HSA dan syarikat konsesi telah menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menutup bekalan elektrik ke punca bekalan masuk utama elektrik, bagi menjalankan siasatan lanjut mengenai punca pengaktifan sistem pemadam kebakaran tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ling berkata susulan daripada itu, hasil perbincangan antara pihak pengurusan dan jurutera HSA, syarikat konsesi serta TNB memutuskan langkah pelaksanaan awal telah dilaksanakan bagi memeriksa dan mengenal pasti punca kejadian.
"Langkah pelaksanaan awal tersebut ialah TNB akan memutuskan bekalan elektrik ke punca bekalan masuk utama elektrik dan syarikat konsesi akan menyediakan janakuasa mudah alih semasa pemeriksaan dijalankan di hospital itu," katanya.
Ling berkata sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) dan janakuasa tunggu sedia HSA berada dalam keadaan baik dan berfungsi untuk memastikan perkhidmatan di hospital berjalan lancar, malah unit keselamatan turut bekerjasama bagi memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat.
"Pengurusan HSA mengambil maklum berkaitan dengan artikel di sebuah portal yang tular di media sosial berhubung dengan insiden ini dan pihak pengurusan hospital akan melaksanakan pemeriksaan serta rondaan berkala bagi memantau fungsi peralatan dan bekalan elektrik serta air di fasiliti berada dalam keadaan baik," katanya.
Ling berkata pengurusan hospital bersama pihak konsesi juga sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan terhadap peralatan yang uzur atau rosak, termasuk menaik taraf sistem bekalan elektrik di hospital serta memastikan aktiviti penyelenggaraan di hospital dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata pengurusan hospital juga sentiasa cakna dan berusaha dalam memastikan keselamatan tempat bertugas semua anggota serta gangguan pada aktiviti perawatan pesakit kerana perkara itu menjadi keutamaan HSA.
"Pada masa sama, pihak pengurusan HSA sentiasa berusaha meningkatkan imej hospital dalam memberikan perkhidmatan perawatan terbaik. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Kerjasama semua pesakit dan anggota hospital amatlah dihargai," katanya.
Semalam, dilaporkan sebuah portal mendakwa berlaku kejadian kebakaran kecil di HSA kira-kira 9 pagi sehingga memaksa penutupan sementara operasi di hospital berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
![Kepulan asap di HSA berpunca daripada isyarat palsu - Exco Kepulan asap di HSA berpunca daripada isyarat palsu - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661596138_TBlingtiansoon.jpg)
Menurut Ling, kejadian di bilik yang terletak di antara bangunan induk dan bangunan poliklinik HSA itu, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda. - Fail/Bernama
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Januari 2025.
![Lapangan Terbang Miyazaki kembali beroperasi selepas ditutup akibat letupan bom perang dunia kedua Lapangan Terbang Miyazaki kembali beroperasi selepas ditutup akibat letupan bom perang dunia kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727949147_LapanganTerbangMiy.jpg)
Lapangan Terbang Miyazaki kembali beroperasi selepas ditutup akibat letupan bom perang dunia kedua
Lapangan Terbang Miyazaki di barat daya Jepun kembali beroperasi pada pagi Khamis, sehari selepas letupan bom lama di jalan rayap (taxiway) menyebabkan lebih 80 penerbangan terpaksa dibatalkan.
![Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica meletus Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica meletus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685083109_gunungberapiRincon.jpg)
Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica meletus
Dengan ketinggian 1,900 meter, gunung berapi itu antara yang paling aktif di Costa Rica.
![Gunung Merapi meletus, sembur debu dan kepulan asap 2,000 meter ke udara Gunung Merapi meletus, sembur debu dan kepulan asap 2,000 meter ke udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581567181_TBxjpg.jpg)
Gunung Merapi meletus, sembur debu dan kepulan asap 2,000 meter ke udara
Kejadian yang berlaku kira-kira 150 saat itu berjaya dirakam pusat pemantauan yang memaparkannya secara langsung di saluran YouTube.
!['Blower' pendingin hawa punca kebakaran di Hospital Sibu - Subramaniam 'Blower' pendingin hawa punca kebakaran di Hospital Sibu - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508320468_DSSubramaniam.jpg)
'Blower' pendingin hawa punca kebakaran di Hospital Sibu - Subramaniam
Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan kesemua wad di hospital berkenaan selamat untuk diduduki.