TAWAU: Peranan kepolisan komuniti dimainkan penduduk kampung yang tinggal berdekatan pesisir pantai di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dapat membantu pasukan keselamatan menangani isu jenayah rentas sempadan.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata misalnya di Tawau 14 daripada 34 kampung berdekatan pesisir pantai dikesan aktif sebagai kawasan panas bagi penyusupan pendatang haram, penyeludupan barang kawalan serta dadah.
Katanya, tiga daripada 14 kampung terbabit adalah Kampung Membalua, Kampung Batu Payung serta Kampung Tinagat, namun pembabitan aktif penduduk dengan kepolisan komuniti dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan berkenaan.
"Apabila Unit Keselamatan Komuniti serta Skim Rondaan Sukarela diaktifkan di tiga kampung ini, banyak kejayaan pembanterasan jenayah dapat dilakukan buktinya difahamkan pada tahun ini saja penduduk menahan seramai 32 orang antaranya pendatang haram, tekong darat serta pengedar dadah," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program keselamatan komuniti dan rondaan sukarela anjuran ESSCom yang dirasmikan Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Pada program dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) itu, 43 penduduk yang juga anggota Unit Keselamatan Komuniti dan Skim Rondaan Sukarela menerima sijil penghargaan daripada Ahmad Fuad.
Ahmad Fuad berkata tiga kampung berkenaan merupakan contoh terbaik di Sabah kerana dengan peranan mereka dapat membantu pasukan keselamatan mengukuhkan penguatkuasaan Op Benteng ketika ini.
"Berdasarkan perisikan ESSCom, kami dapati sejak penglibatan aktif penduduk kampung dengan komuniti keselamatan serta rondaan sukarela ini, dapat mengurangkan kadar kemasukan pendatang haram serta penyeludupan, bot-bot tidak berani mendarat di kampung ini," katanya lagi.
Di samping itu, beliau turut berharap JPNIN serta JPJKK dapat memberi sokongan dalam bentuk kewangan atau logistik untuk kemudahan anggota keselamatan komuniti serta rondaan sukarela sewaktu bertugas.
"Mereka ini penduduk yang menggunakan kenderaan, motor, isi minyak sendiri untuk membuat rondaan, ESSCom juga akan melihat keperluan lain termasuk penggunaan radio amatur point to point kerana ada kawasan tiada rangkaian telefon," katanya.
Sementara itu katanya penubuhan unit berkenaan perlu diperluaskan di semua kampung-kampung persisiran pantai di ESSZone sebagai kerjasama membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Penubuhan unit berkenaan perlu diperluaskan di semua kampung-kampung persisiran pantai di ESSZone sebagai kerjasama membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah. - Gambar fail
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Kepolisan komuniti bantu tangani jenayah rentas sempadan - ESSCom
Peranan kepolisan komuniti dimainkan penduduk kampung yang tinggal berdekatan pesisir pantai di ESSZone dapat membantu pasukan keselamatan menangani isu jenayah rentas sempadan.