Ringkasan AI
- Cabaran ASEAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggariskan dua cabaran utama bagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, iaitu menjadi hab tenaga utama dan mewujudkan grid tenaga ASEAN.
- Penghargaan kepada TNB: Anwar menghargai langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam menghadapi cabaran tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menjadi syarikat pertama yang menaikkan gaji minimum kepada RM1,700.
- Inisiatif Grid Tenaga ASEAN: Grid tenaga ASEAN adalah inisiatif kerjasama untuk menyepadukan dan meningkatkan rangkaian bekalan elektrik di seluruh rantau ini, termasuk transmisi tenaga dari Sarawak ke Johor dan dari Laos ke Singapura melalui Malaysia.
Justeru, Anwar meluahkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilihat sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mendepani dua cabaran besar tersebut.
"Cabarannya adalah untuk memastikan kita Malaysia dan rantau ini, menjadi hab utama tenaga di rantau ini.
"Kedua, untuk memastikan wujudnya apa yang dipanggil grid ASEAN, yang secara tepat bermakna transmisi dari pakar tradisional perlu diperkasakan, kemudahan baharu, sama ada tenaga dari Sarawak ke Johor atau dari Laos ke Singapura melalui Malaysia.
"Inilah yang saya panggil grid nasional dan ASEAN," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 TNB di ibu pejabat TNB, pada Selasa.
Grid tenaga ASEAN ialah inisiatif kerjasama antara negara anggota, yang bertujuan untuk menyepadukan dan meningkatkan rangkaian bekalan elektrik di seluruh rantau ini.
Dalam pada itu, perdana menteri turut mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang menyahut seruan kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700.
Katanya, hal itu menunjukkan komitmen TNB untuk memberi gaji yang setimpal dengan dedikasi dan prestasi, sekali gus menonjolkan peranan syarikat tersebut dalam pembangunan negara.
"Saya ucap terima kasih kepada pengerusi dan lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi TNB kerana bersetuju untuk menjadikan GLC pertama yang menyahut seruan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum," katanya.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 19 Oktober lalu.