PUTRAJAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung kenyataan mengenai perancangan pendakwaan terhadapnya serta campur tangan pihak atasan menggunakan agensi penguat kuasa bagi mencapai tujuan politik.
Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini, Muhammad Kamil berkata laporan berkenaan dibuat selepas mendapati kenyataan Muhyiddin bersifat fitnah yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar, Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan hari ini yang dipimpinnya tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan atau tindakan yang diputuskan pihak berkuasa.
Muhammad Kamil berkata SPRM berhak melakukan siasatan terhadap mana-mana individu selaras dengan status agensi itu sebagai sebuah badan bebas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya akan menjalankan siasatan.
Pada 10 Mac, Muhyiddin dilaporkan menyifatkan pendakwaan ke atas dirinya adalah suatu bentuk pemangsaan politik yang terancang dengan menggunakan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik.
Pada 10 Mac itu, bekas Perdana Menteri itu dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu.
Beliau mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan sebagai Presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.
Hari ini, Muhyiddin didakwa atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta, dan beliau mengaku tidak bersalah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Muhammad Kamil berkata laporan berkenaan dibuat selepas mendapati kenyataan Muhyiddin bersifat fitnah yang boleh menimbulkan persepsi negatif. - Bernama

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta
Polis menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.

Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM
Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor UKM Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Dua kenderaan dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit di Brickfields, Kuala Lumpur.

Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu
Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berhubung dakwaan kes penipuan dana.

Harith Iskander, keluarga terima ugutan bunuh
Pelawak Harith Iskander tampil membuat laporan polis apabila menerima ugutan bunuh susulan perkongsiannya berkenaan sensitiviti isu 'ham' baru-baru ini.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Polis terima tiga laporan terhadap Harith Iskander
Polis Johor menerima tiga laporan terhadap pelawak Harith Iskander yang didakwa menghina agama Islam menerusi hantaran dimuat naik di Facebook.