Bayangkan... Kehadiran jutaan tetamu yang tidak diundang pada hari perkahwinan anda.
Pastinya ia bukan sahaja mengejutkan malah boleh menyebabkan anda kecewa.
Namun, itu yang berlaku apabila jutaan ulat bulu hitam menyerang sebuah majlis perkahwinan di Kuala Tebengau, di sini, hari ini.
Malah, tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal apabila kawasan itu dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut.
Bapa pengantin, Mat Ali Zainol, berkata, sebelum ini dia resah memikirkan kehadiran ulat itu disebabkan majlis perkahwinan anak perempuannya, Qurratuaini Mat Ali, 28, yang berlangsung hari ini.
Disebabkan kebimbangan itu, dia yang menjemput lebih seribu tetamu terpaksa menyembur racun serangga berhampiran kawasan rumah untuk memusnahkan serangga berkenaan.
Namun, tindakannya itu seolah-olah gagal apabila kehadiran ulat itu semakin bertambah sehingga memasuki ke dalam rumah.
"Kelmarin ini tak ada buat apa la...Saya cuma tebang pokok ini lepas itu sembur segala ubat sikit-sikit, lepas itu dia hilang.
"Tetapi kalau tidak lagi banyak, ia hanya bergayut atas pokok," katanya.
Penduduk mendakwa, serangan ulat gonggok itu berlaku sejak seminggu lalu.
Bagaimanapun, bilangan serangga itu yang makin meningkat terutama di kawasan pesisir pantai dan sekitar jalan kampung menjadi keresahan penduduk setempat.
"Lepas itu tengah kami duduk mengupas bawang, ulat itu dia datang dengan banyak, ia datang dan saya tak tahu nak cakap macam mana, terlalu geli bila tengok.
"Rawang-rawang (bergayut) macam itu la. Sudah banyak sangat lepas itu mereka panggil Agensi Pertahanan Awam Malaysia, tetapi mereka pun tidak tahu nak buat apa, mereka hanya tebang pokok," kata Harisson Shahrif yang merupakan penduduk setempat.
Malah, ada penduduk yang mengalami alahan kulit dan gatal pada anggota badan akibat terkena serangga berkenaan.
Difahamkan, kira-kira 33 buah rumah penduduk Kampung Tepi Laut Tebengau semuanya diserang serangga berkenaan.
Pegawai APM Kota Setar, Leftenan (PA) Mat Zain Baharom berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran serangga itu kelmarin pada jam 9.40 pagi.
Tiga anggotanya bertindak menebang ranting, dahan dan pokok yang diserang ulat berkenaan dan memusnahkannya dengan membakar di kawasan kampung berkenaan.
Mat Zain bagaimanapun tidak dapat memastikan ia membabitkan fenomena pelik yang berlaku dan dari mana datangnya ulat gonggok.
Astro Awani
Sun Nov 27 2016
Tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal apabila kawasan itu dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut. - Foto Astro AWANI
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
It’s About YOUth: Supporting young families
Rising childcare and education costs in Malaysia are pushing many young couples to delay or forgo having children. UNFPA’s Lee Min Hui and PJ Lestari advocate Nur Hafizah Noslan discuss potential government strategies to ease the pressures on young parents. #ItsAboutYOUth
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
Mangsa banjir 'termenung' berdepan bau busuk
Air bertakung atau banjir 'termenung' itu bertukar warna, berbau kurang enak dan menyebabkan kegatalan apabila terkena kulit.
Usah panik fenomena ulat bulu hitam 'naik hantu' di Kuala Kedah - Pengarah Pertanian
Pengarah Pertanian Kedah telah mengarahkan pasukan khas dari unit -bio security- Jabatan Pertanian menyiasat punca kehadiran ribuan ulat bulu hitam itu ke kawasan penempatan penduduk.
Kenduri kahwin bertukar gawat di Kuala Kedah, jutaan ulat jadi tetamu tak diundang
Malah, tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal apabila kawasan itu dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut.