KOTA KINABALU:Seorang lelaki warganegara India maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda di kawasan Hutan Simpan Lumadan, Beaufort.
Menurut Ketua Polis Daerah, DSP Azmir Abd Razak, kejadian berlaku sekitar jam 1.15 petang Ahad apabila kenderaan yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dari menjalankan kerja-kerja pembinaan pencawang serta pemasangan kabel elektrik di kawasan hutan simpan tersebut.
"Ketika kejadian terdapat lapan individu menaiki kenderaan terbabit.
"Kenderaan yang dipandu pekerja syarikat terbabit dipercayai hilang kawalan lalu mengundur ke belakang sebelum terbabas ke kanan jalan dan terbalik.
"Akibat daripada kejadian ini salah seorang daripada tujuh penumpang yang berada di bahagian trak belakang dikenali Kusan Anumanthan Kumar, 46, warganegara India telah tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.
Menurut Azmir siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
Hasil siasatan awal terbabit turut mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu yang gagal mengawal pergerakan kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kemalangan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
"Kita dapati tiada unsur-unsur khianat atau jenayah terkesan dalam kemalangan ini namun begitu siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Oct 19 2020

Kenderaan yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dari menjalankan kerja-kerja pembinaan pencawang serta pemasangan kabel elektrik di kawasan hutan simpan Lumadan. - Foto: PDRM
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pereka grafik didakwa rompak jongkong emas, telefon bimbit milik warga India
M. Ramesh Raj bersama seorang suspek yang masih bebas melakukan perbuatan itu di lorong belakang sebuah restoran, Jalan Masjid India 19 Februari lepas.

2 lelaki warga India, Myanmar diperintah bela diri tuduhan bunuh pemandu Grab
Dua lelaki warga India dan Myanmar diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab lima tahun lepas.

Padah pukul isteri guna wayar pengecas telefon, penganggur dipenjara
Akibat memukul isteri menggunakan wayar pengecas telefon bimbit, seorang penganggur dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Dua warga India disyaki diculik di sebuah restoran di Brickfields
Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terlibat dalam kes melarikan dua pekerja lelaki warga India dari sebuah restoran di Brickfields di sini, petang tadi.

Kenderaan terbabas dan terbalik, pekerja warga India maut
Kenderaan yang dipandu pekerja syarikat terbabit dipercayai hilang kawalan lalu mengundur ke belakang sebelum terbabas ke kanan jalan dan terbalik.

4 warga India mengaku salah ingkar PKP
S Muthumari, 37; U Ramamoorht, 28; M Dhanushkodi, 41 dan M Lakshmanan, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama dalam bahasa Tamil.

Polis tahan tiga suspek bantu siasatan kes culik lelaki warga India
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S Shanmugamoorthy Chinniah berkata tiga individu berkenaan direman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.

Kastam rampas dadah bernilai RM1.09 juta dihantar dari Dhaka
Selain merampas metamfetamin seberat 15.56 kilogram bernilai RM1.09 juta yang dihantar dari Dhaka, tiga lelaki warga India turut ditahan.