SHAH ALAM : Sukar untuk menggambarkan perasaan seorang sukarelawan yang sudah menguruskan beratus jenazah COVID-19 namun akhirnya terpaksa melalui detik sukar apabila terpaksa mengebumikan jenazah ibu sendiri yang juga meninggal dunia akibat wabak itu.
Abdul Razak Nordin, 34, berkata, pada Isnin lalu dia melalui ujian yang berat apabila mengebumikan ibunya sendiri, Patimah Ibrahim, 68 dan tidak menyangka COVID-19 pneumonia meragut nyawa wanita kesayangannya itu.
Katanya, punca kematian ibunya yang menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Seksyen 20, Shah Alam pada 11.30 malam Ahad itu hanya diketahui selepas dia diberitahu oleh doktor di Hospital Shah Alam.
“Pada malam itu, apabila kakak ipar saya mendapati emak sudah tidak bernafas, dia terus menghubungi saya dan memaklumkan mengenai perkara itu.
“Kemudian abang saya terus membawa emak ke Hospital Shah Alam. Pada ketika itu, kami adik beradik tidak jangka emak positif COVID-19.
“Emak saya disahkan positif COVID-19 pada jam 4 pagi selepas doktor melakukan ujian rapid antigen (RTK-Ag).
"Saya tersentak dan memikirkan bagaimana saya dan adik beradik hendak bersama-sama menguruskan jenazah emak kerana jenazah pesakit COVID-19 tidak boleh diuruskan oleh waris,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.
Bagaimanapun, Abdul Razak yang merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu berkata, dia sangat beruntung kerana dibenarkan untuk menguruskan jenazah ibunya memandangkan secara kebetulan dia adalah salah seorang sukarelawan Pengurusan Jenazah COVID-19 (PJC-19).
Justeru, dia merasa bersyukur kerana dapat mewakili ayah dan ahli keluarganya untuk menyempurnakan hasrat ibunya yang mahu jenazahnya diuruskan dan diiringi oleh anak-anaknya sehingga ke liang lahad.
“Antara harapan emak waktu hayatnya masih ada adalah mahu anak-anak lelakinya menguruskan jenazah dia sekiranya meninggal dunia.
“Alhamdulillah, memandangkan saya salah seorang ahli PJC-19, saya berpeluang untuk mewakili keluarga melaksanakan harapan emak,” ujarnya.
Tambah Abdul Razak, dengan bantuan rakan sukarelawan yang lain, adik beradik dan ahli keluarganya dapat menyaksikan pengebumian ibunya di tanah Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 melalui siaran langsung di Facebooknya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Kendali ratusan jenazah COVID-19, tak sangka kebumi ibu sendiri
Sinar Harian
Wed Aug 11 2021
Abdul Razak bersyukur kerana dapat mewakili ayah dan ahli keluarganya untuk menyempurnakan hasrat ibunya. -Gambar Facebook @Abdul Razak Nordin
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.