Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mandi di kawasan air terjun di Kedah buat sementara ini berikutan peningkatan kes jangkitan kencing tikus yang boleh menyebabkan maut.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis semakin banyak dikesan di kalangan mereka yang pernah mengunjungi kawasan air terjun.
"Buat masa sekarang, saya nasihatkan orang ramai supaya elakkan daripada mandi di kawasan air terjun.
"Jika hendak mandi, mereka boleh ke hotel-hotel yang menyediakan kolam renang yang kebersihan sentiasa dipantau," katanya di sini hari ini.
Dr Leong berkata, kes ini semakin menjadi sejak tiga tahun kebelakangan ini dan banyak aspek yang boleh menjadi penyumbang kepada perkara ini.
"Sejak kebelakangan ini sering berlaku hujan lebat dan banjir kilat jadi kita tidak tahu bahan apa yang telah mencemari air itu dan keadaan cuaca ini boleh menjadi salah satu punca kepada penyebaran virus kencing tikus," katanya.
Beliau berkata jumlah pengunjung ke kawasan air terjun semakin bertambah dan ini sekali gus telah menyebabkan jumlah sampah (sisa makanan) yang dibuang semakin bertambah, yang menjadi punca kehadiran semakin banyak tikus.
"Binatang-binatang seperti tikus yang sebelum ini mencari makan di dalam hutan akan keluar untuk mencari sisa-sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung," kata beliau.
Katanya masalah berkaitan tikus ini tidak dapat dielakkan dan ini boleh dilihat pada jumlah tikus yang berkeliaran di kawasan-kawasan medan selera.
Beliau berkata virus kencing tikus ini akan menjadi cabaran besar kepada negeri Kedah.
Perbincangan akan dijalankan bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perhutanan bagi menangani masalah ini, kata Dr Leong.
Dua hari lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Taman Pinang Merah, Bukit Pinang dekat sini, Amirah Maisarah Zir Omar Khan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), disyaki akibat jangkitan kencing tikus.
Difahamkan kanak-kanak itu dan dua adik perempuannya serta ibu bapa mereka telah pergi ke sebuah pusat rekreasi air di Yan untuk mandi-manda.
Adik mangsa, Nur Syazana, 5, disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta dan masih dirawat di HSB manakala seorang lagi adiknya, Zaharah Alisa, 3, dan ibu mereka Siti Zaleha Ramlan, 32, mengalami demam.
Bernama
Sun Dec 07 2014
![Kencing tikus: Elakkan mandi di kawasan air terjun, kata EXCO Kedah Kencing tikus: Elakkan mandi di kawasan air terjun, kata EXCO Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51417940387_295x200.jpg)
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mandi di kawasan air terjun di Kedah buat sementara ini berikutan peningkatan kes jangkitan kencing tikus. - Gambar fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712970167_kepalaair.jpg)
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
![Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712936898_HilangAirTerjun.jpg)
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
![Remaja lemas mandi di Air Terjun Lipur Sungai Pandan Remaja lemas mandi di Air Terjun Lipur Sungai Pandan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651569158_DrownGeneric.jpg)
Remaja lemas mandi di Air Terjun Lipur Sungai Pandan
Mangsa dikatakan mandi bersama empat rakan sekitar 1.30 tengah hari sebelum dia didakwa terkapai-kapai meminta tolong.
![Remaja mati lemas ketika mandi air terjun Remaja mati lemas ketika mandi air terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707029872_TBlemasairterjun.jpg)
Remaja mati lemas ketika mandi air terjun
Mohd Syaiful Romeo, 18, dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pihak bomba sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
![Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688808548_AkmalNasrullahMohd.jpg)
Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air
Selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
![Orang ramai diminta peka dengan sebarang perubahan keadaan, paras ketinggian air Orang ramai diminta peka dengan sebarang perubahan keadaan, paras ketinggian air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688388227_sungai.jpg)
Orang ramai diminta peka dengan sebarang perubahan keadaan, paras ketinggian air
Perubahan ini merupakan antara indikator untuk mengesan sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku.
![Lelaki parah terjatuh ketika mandi di air terjun Lelaki parah terjatuh ketika mandi di air terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687366649_Lelakiparahterjatu.jpg)
Lelaki parah terjatuh ketika mandi di air terjun
Seorang lelaki parah selepas tergelincir dan jatuh pada ketinggian lebih 15 meter di kawasan air terjun Seri Perigi, pada Rabu.
![Remaja ditemui lemas di air terjun selepas hilang dalam hutan Remaja ditemui lemas di air terjun selepas hilang dalam hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672972446_remaja.jpg)
Remaja ditemui lemas di air terjun selepas hilang dalam hutan
Muhammad Radif ditemui oleh anggota bomba dan penyelamat pada jam 1.29 pagi tadi.
![PBT Perak kenal pasti kawasan pelancongan berisiko - Exco PBT Perak kenal pasti kawasan pelancongan berisiko - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672411012_AirTerjunTanjungB.jpg)
PBT Perak kenal pasti kawasan pelancongan berisiko - Exco
PBT akan membuat penilaian risiko terhadap kawasan pelancongan terletak di kawasan lereng bukit, berhampiran sungai serta air terjun.
![Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh di Air Terjun Lata Tembakah Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh di Air Terjun Lata Tembakah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662581202_TBipdbesut.jpg)
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh di Air Terjun Lata Tembakah
Mangsa dilaporkan terjatuh ketika sedang melakukan kerja membaiki saluran paip bersama adiknya di lokasi tersebut.