Pengarah strategi pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming mempersoalkan sebab mengapa pedagang hidupan liar haram Anson Wong kini masih bebas berdagang.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ong meminta penjelasan dari Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berhubungan beberapa isu penguatkuasaan yang ditimbulkan oleh sebuah dokumentari Al-Jazeera bertajuk 'The Return of the Lizard King'.
Dokumentari dalam program Al-Jazeera '101 East' itu telah memperlihatkan bagaimana Wong masih giat melakukan aktiviti dagangan haramnya meskipun lesennya telah ditarik oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 2010.
Ong menggesa, Palanivel perlu serius dalam menjawab isu ini serta mengadakan siasatan menyeluruh tentang bagaimana Wong terus dibenarkan melakukan aktiviti haramnya itu.
"Jika PERHILITAN dan Menteri serius dalam menghentikan penyeludupan hidupan liar oleh Wong dan isterinya, kenapa tidak gunakan kuasa yang termaktub di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 untuk menyerbu hartanah kepunyaan Anson dan isterinya untuk melihat jika ada hidupan liar lain di situ?" katanya.
Kata Ong, terdapat beberapa persoalan tentang rasuah yang timbul di kalangan PERHILITAN kerana rekod telah menunjukkan bahawa Wong dan isterinya masih memiliki syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan mereka.
"PERHILITAN mendakwa bahawa kesemua lesen bagi perdagangan hidupan liar kepunyaan Anson dan isterinya telah pun ditarik balik pada 2010, tetapi syarikat-syarikatnya iaitu Sungai Rusa Wildlife, CBS Wildlife, Bukit Jambul Reptile Sanctuary yang kesemuanya melibatkan aktiviti hidupan liar, masih disenaraikan sebagai perniagaan mereka,” katanya lagi.
Menurut Ong, dalam program Al-Jazeera tersebut, Palanivel berkata beliau hendak membanteras kegiatan rasuah yang menular dalam kementeriannya.
Katanya, jika Palanivel benar dalam hal ini, beliau sepatutnya memaklumkan perkembangan keputusan siasatan SPRM ke atas PERHILITAN selepas penangkapan Anson Wong pada 2010, serta turut menggesa untuk melihat jika ada pihak yang membantu pasangan itu mendapatkan permit.
Sementara itu, Ong turut menggesa agar beberapa persoalan tentang isu ini dijawab:
* Selepas Wong ditahan pada Ogos 2010 atas kesalahan menyeludup kira-kira 100 ekor ular sawa, PERHILITAN telah menyerbu premisnya di Teluk Bahang dan menyelamatkan 50 hidupan liar. Mengapa Wong tidak didakwa sedang itu adalah tempat perlindungan reptilianya?
* Ketika Wong ditahan pada Ogos 2010, komputer riba dan tiga telefon bimbitnya telah dirampas. Hasil rampasan itu berkemungkinan mengandungi maklumat penting berkaitan aktiviti penyeludupannya termasuk jika Wong ada kenalan di PERHILITAN. Apa hasil dari siasatan tersebut?
* Pada 2010, seorang pelajar bernama Sarah Sahondrarisoa yang telah muncul dalam Al-Jazeera berkata dia telah dibayar oleh Wong untuk mengangkut beg yang mengandungi hidupan liar ke Malaysia. Dia telah ditangkap pada lawatan keduanya di Malaysia dan dia telah dipenjarakan selama lapan bulan. Mengapa Wong tidak disiasat dan didakwa berdasarkan bukti dan keterangan yang diberi oleh Sarah termasuk telefon yang mengandungi nombor serta gambar-gambar yang dirampas?
Selain itu, Ong turut mendedahkan hasil rakaman yang mendapati sebuah premis Rona Wildlife di Jalan Tanjong Tokong, George Town adalah kepunyaan Wong meskipun daftar perniagaan tidak didaftarkan atas namanya ataupun isterinya.
Program 'East 101' yang disiarkan Al-Jazeera pada minggu lalu bertajuk 'The Return of the Lizard King' membangkitkan pelbagai isu hidupan liar yang perlu diberi perhatian.
Palanivel bagaimanapun dalam temubualnya dengan Steve Chao, telah mengaku tidak tahu menahu tentang Wong meskipun Wong disifatkan sebagai 'Pablo Escobar' penyeludupan hidupan liar dan telah dikecam seluruh dunia termasuk Jabatan Hidupan Liar Amerika Syarikat.
Haider Yutim
Fri Nov 29 2013
Filepic of Anson Wong leaving the Shah Alam High Court on Nov 4, 2010 after being sentenced to five years' jail. -- BERNAMApic
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Bukit Aman serbu pejabat Al-Jazeera, rampas beberapa peralatan
Polis telah menjalankan serbuan terhadap pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera selain turut merampas beberapa peralatan.