Sistem pendidikan negara perlu lebih inklusif dan memberi perhatian terhadap kanak-kanak yang menghadapi masalah ketidakupayaan pembelajaran seperti disleksia.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata walaupun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memberi penekanan terhadap kategori murid yang berkeperluan khas namun ia masih tidak mencukupi bagi pelajar yang berhadapan dengan disleksia.
"Kita perlu mengajar guru kita untuk menyokong disleksia dan ketidakupayaan pembelajaran lain... kebanyakan yang hadapi masalah ketidakupayaan pembelajaran mempunyai purata atau lebih bijaksana. Inilah yang kita perlu kenal pasti, kebijaksanaan dan bakat tersembunyi mereka supaya boleh dipupuk.
"Saya lihat hari ini, terutama di sekolah kebangsaan terutama di kawasan luar bandar menghadapi kekurangan sumber atau kesedaran mengenai ketidakupayaan pembelajaran," katanya ketika berucap pada Program Kesedaran Disleksia Melalui Sukaneka anjuran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Disleksia di sini hari ini.
Untuk itu katanya, ibu bapa dan guru perlu bergabung, melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan pembelajaran dan seterusnya memberi kesan kepada perubahan terhadap dasar sistem pendidikan negara.
Perluaskan kempen
Sementara itu Presiden Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Disleksia Ahmad Fitri Isahak dalam ucapannya berkata kempen meningkatkan kesedaran mengenai disleksia perlu diperluaskan memandangkan statistik menunjukkan satu daripada lima kanak-kanak di dunia berdepan dengan masalah itu.
"Lebih membimbangkan lagi, statistik menunjukkan 75 peratus daripada banduan di penjara dunia juga menghidap disleksia," katanya.
Katanya Program Kesedaran Disleksia Melalui Sukaneka itu merupakan usaha pertama kumpulan yang baharu ditubuhkan itu dalam memberi pendedahan kepada masyarakat terutama ibu bapa dan guru tentang 'perbezaan belajar' yang dikenali sebagai disleksia.
Matlamat akhir kumpulan itu adalah mewujudkan 'satu kelas, satu sekolah' yang secara khusus mengendalikan pelajar disleksia di setiap sekolah, dan universiti di negara ini, katanya.
Program Kesedaran Disleksia Melalui Sukaneka diadakan sebagai Hari Sukan untuk 13 pusat disleksia di bawah pentadbiran Persatuan Dyslexia Malaysia.
Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia Sariah Amirin.
Bernama
Sat Mar 26 2016
KHAIRY: Kita perlu mengajar guru kita untuk menyokong disleksia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Kenal pasti bakat pelajar hadapi masalah ketidakupayaan pembelajaran
Sistem pendidikan negara perlu lebih inklusif dan memberi perhatian terhadap kanak-kanak yang hidup dengan disleksia.