PARIT BUNTAR: Pengumuman kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan kepada RM500 per tan mulai hari ini disifatkan satu rahmat buat golongan pesawah yang terbeban dengan kos pengeluaran padi yang semakin meningkat mutakhir ini.
Kadar yang tidak ditambah baik sejak sekian lama itu menurut mereka membantu meningkatkan pendapatan setiap kali musim tuaian padi, sekali gus membantu menyerap kos pengeluaran padi.
Bagi pesawah dari Tanjung Piandang, Mustafa Kamal Mohd Said, 53, kenaikan kadar skim itu menambah pendapatan kasarnya sehingga kira-kira RM5,000 bagi setiap musim tuaian.
"Setiap kali menuai saya akan keluarkan kira-kira 30 tan padi, jika sebelum ini dengan kadar RM360 saya boleh dapat RM10,800 kasar, dengan kenaikan ini saya boleh tambah pendapatan sehingga RM15,000 setiap musim tuaian," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Program Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di sini pada Selasa.
Pada program itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan SSHP berkenaan yang merupakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara.
Anwar berkata dengan kenaikan itu, pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah negara ini.
Pesawah dari Bagan Tiang, Ishak Othman, 72, menzahirkan penghargaan terhadap usaha penambahbaikan skim berkenaan yang membantu meningkatkan pendapatan pesawah kecil sepertinya.
"Bagi petani kecil seperti saya yang hanya hasilkan tujuh hingga lapan tan padi setiap kali musim tuaian, ia banyak membantu saya, dapat juga kira-kira RM4,500 bersih setiap kali saya tuai," katanya.
Seorang lagi pesawah dari Bagan Tiang, Mahayudin Mansor, 40, berkata kenaikan SSHP itu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri terhadap keperluan pesawah.
"Sudah lebih 10 tahun saya mengusahakan sawah seluas tujuh hektar dan dibelenggu dengan kenaikan kos jentera dan input-input pertanian. Dahulu saya boleh dapat hasil enam tan bagi satu hektar sawah tetapi disebabkan tanah jerlus, saya hanya dapat hasil sekitar satu tan sahaja," katanya.
Ahmad Saad, 68, pula menyifatkan Perdana Menteri seorang yang pantas bertindak dalam membantu mengatasi masalah dihadapi pesawah.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sanggup turun padang dan mendengar rintihan rakyat dan laju buat kerja, memang seronok apabila SSHP dinaikkan kerana hasil sawah di Kuala Kurau agak merosot tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

Pada Program Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di Parit Buntar semalam, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan SSHP daripada RM360 per tan kepada RM500 per tan mulai hari ini. - Gambar hiasan/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kenaikan SSHP bantu pesawah imbangi kos pengeluaran padi
Kadar yang tidak ditambah baik sejak sekian lama itu menurut mereka membantu meningkatkan pendapatan setiap kali musim tuaian padi.

Kadar subsidi harga padi naik kepada RM500 per metrik tan mulai esok - PM Anwar
Menerusi inisiatif itu, setiap seorang pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 setiap metrik tan padi yang dituai.

Dewan Negara lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 2021
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 bagi meneliti segala isu dibangkitkan dalam laporan itu.