KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 bagi meneliti segala isu dibangkitkan dalam laporan itu antaranya melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan dan kelemahan dalam perancangan supaya tidak berulang.
Usul dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan selepas dibahaskan 19 senator.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata pihak Jabatan Audit Negara (JAN) akan meneliti isu beberapa bangunan kerajaan yang tidak dilengkapi kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU).
"Dalam pelaksanaan pengauditan projek melibatkan bangunan kerajaan, JAN sentiasa mengambil kira senarai semak berkaitan ketetapan kemudahan untuk golongan OKU seperti digariskan dalam undang-undang dan peraturan yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara 2021 di Dewan Negara hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika menggulung perbahasan usul itu bagi kementerian berkenaan berkata sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 pelbagai jenama dilupuskan di fasiliti kementerian tersebut, sehingga 1 Jun 2023.
Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli ketika mencelah bertanya sama ada strategi perancangan pembelian vaksin bagi wabak itu dengan meletakkan sasaran 100 peratus penduduk menerima vaksin adalah wajar, Dr Zaliha bersetuju dengan perkara dibangkitkan.
"Kita memang membuat unjuran sebegitu sebab itu kita ada lebihan, kita membuat perolehan itu, kita lebihkan (vaksin) untuk memastikan sekurang-kurangnya pada ketika itu kita capai 80 peratus daripada penduduk (divaksin) bagi mencapai imuniti kelompok," katanya.
Selain itu, beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), yang ditubuhkan selaras mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Okt 2021, adalah jawatankuasa utama dalam perolehan dan pelaksanaan program imunisasi vaksin COVID-19.
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah pula ketika menggulung perbahasan usul bagi kementeriannya berkata inisiatif pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diperluaskan ke lebih banyak kategori kenderaan secara berfasa.
Beliau berkata ia meliputi kategori kenderaan individu milik syarikat, kenderaan komersial dan kenderaan milik bukan warganegara.
"Inisiatif pendigitalan JPJ yang merangkumi Lesen Kenderaan Motor (eLKM) dan Lesen Memandu Malaysia (eLMM) di mana tiada lagi kad fizikal yang dikeluarkan kepada pemegang lesen.
"Bagi fasa pertama semua pemilik kenderaan persendirian individu warganegara Malaysia adalah dikecualikan daripada mempamerkan dokumen LKM dan LMM fizikal dan dibenarkan untuk mengemukakan salinan digital eLKM dan eLMM melalui aplikasi MyJPJ," katanya.
Katanya dengan pelaksanaan inisiatif itu, penggunaan dokumen fizikal adalah secara minimum bagi kategori tertentu sahaja.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata wujudnya transaksi Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) kepada pesawah yang telah meninggal dunia kerana terdapat waris yang mengusahakan sawah berkenaan dan tidak melaporkan kematian pesawah tersebut.
"Kesemua rekod pesawah yang meninggal dunia dilaporkan dalam LKAN telah dinyah aktif dalam sistem dan waris diminta untuk mendaftarkan semula akaun untuk tujuan pembayaran SSHP," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu.
Ini kali pertama Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan di Dewan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Usul dibentangkan Azalina itu diluluskan selepas dibahaskan 19 senator. - Gambar fail/Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.

Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.

288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.