KUALA LUMPUR: Kenaikan siling gaji dinsuranskan dari RM5,000 ke paras baharu iaitu RM6,000 akan berkuat kuasa selepas pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) serta Akta Sistem Insurans Pekerjaaan 2017 (Akta 800).
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata dalam kenyataan, kenaikan itu bakal memberi manfaat kepada pekerja dan tanggungan mereka jika berlaku bencana kerja, ilat, kematian atau kehilangan pekerjaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat semalam berkata peningkatan itu akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan tanggungan mereka.
Sivakumar berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM200 juta kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam Belanjawan 2024 bagi memperkasa jaringan perlindungan sosial dan memacu pasaran buruh, selari dengan usaha kerajaan Persekutuan ke arah agenda reformasi struktur.
Dalam pada itu, beliau berkata dasar pengambilan pekerja orang kurang upaya (OKU) sebanyak satu peratus yang akan diperluas kepada bekas banduan dan warga emas, bakal dilaksanakan di pelbagai kementerian, syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta rakan strategik kerajaan.
Beliau berkata pemerkasaan dasar itu akan disokong menerusi peranan pegawai perkhidmatan pekerjaan Perkeso dan platform portal perkhidmatan pekerjaan negara MYFutureJobs yang dilengkapi dengan kebolehan kecerdasan buatan.
Ini dapat memastikan pemadanan pekerjaan yang cekap serta bersesuaian dengan golongan berkenaan seterusnya mengurangkan tempoh penempatan pekerjaan bagi mereka, katanya.
Sivakumar berkata pelaksanaan rangkaian inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2024 di bawah KSM menerusi Perkeso akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa, demi menjamin aspek keberkesanan selari hasrat kerajaan Persekutuan memperketatkan aspek tatakelola.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
V Sivakumar berkata, kenaikan itu bakal memberi manfaat kepada pekerja dan tanggungan mereka jika berlaku bencana kerja, ilat, kematian atau kehilangan pekerjaan. - Gambar fail
Dewan Rakyat: Sasaran Malaysia Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Sekitar 10 individu dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa pada Selasa.
Tragedi MH17: Keluarga rakyat A.S terbunuh dalam MH17 boleh saman bank Rusia
Keluarga seorang warga Amerika yang terbunuh susulan pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 kini dibenarkan untuk menyaman bank terbesar Rusia.
A.S - China: Trump tak tergesa-gesa bercakap dengan China ketika perang tarif melanda
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Selasa menyatakan beliau tidak tergesa-gesa untuk bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping.
Gencatan senjata: Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian bermula
Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu, bahkan mengecam keras tindakan ICC.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
Kenaikan siling gaji diinsuranskan berkuat kuasa selepas pindaan akta
Kenaikan itu bakal memberi manfaat kepada pekerja dan tanggungan mereka jika berlaku bencana kerja, ilat, kematian atau kehilangan pekerjaan.