Kenaikan kos bahan api seperti gas domestik, arang batu dan gas cecair asli adalah penyumbang utama kepada semakan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Jan lalu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata harga bahan api seperti gas domestik meningkat daripada RM13.70/MMBtu kepada RM15.20/MMBtu, arang batu daripada US$85/tan kepada US$87.5/tan dan gas cecair (LNG) yang diimport pada harga pasaran RM41.68/MMBtu.
"Komponen bahan api ini telah menyumbang 81.96 peratus atau 4.09 sen/kWj daripada kenaikan tarif keseluruhan sebanyak 4.99 sen/kWj.
"Sebarang perubahan harga bahan api ini sudah tentu akan memberi kesan yang signifikan kepada kos membekalkan elektrik," katanya menjawab soalan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang), di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ongkili berkata komponen lain yang turut menyumbang kepada kenaikan tarif elektrik ialah semakan tarif asas Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu sebanyak lapan peratus atau 0.90sen/kWj daripada kenaikan tarif keseluruhan.
Katanya semakan tarif asas ini dilakukan setiap empat tahun bagi memastikan pihak utiliti memperoleh pulangan yang munasabah agar dapat terus membekalkan elektrik yang berkualiti dan berdaya harap.
Ongkili juga menjelaskan walaupun TNB memperoleh keuntungan, jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan bagi membiayai projek penjanaan yang baharu serta projek penghantaran dan pengagihan yang dianggar sekitar RM6 hingga RM7 bilion.
"Memang tidak dinafikan bahawa TNB memperoleh keuntungan bersih bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos 2013 sebanyak RM4.12 bilion sebelum tukaran wang asing, namun jumlah itu belum mencukupi untuk menampung kos-kos berkenaan," katanya.
Katanya antara cara untuk mengurangkan kos pembekalan elektrik yang seterusnya akan mengurangkan kadar kenaikan tarif ialah melalui peningkatan prestasi kecekapan operasi TNB.
"Ini termasuk TNB melaksanaan bidaan kompetitif dalam pemilihan pemaju loji janakuasa baharu, pembasmian kes-kes kecurian elektrik, pemasangan sistem 'Supervisory Control and Data Acquisition' (Scada) dan pelaksanaan program rombakrawat loji-loji janakuasa yang telah lama beroperasi," katanya.
Bernama
Thu Mar 27 2014
![Kenaikan kos bahan api penyumbang utama semakan tarif elektrik - Ongkili Kenaikan kos bahan api penyumbang utama semakan tarif elektrik - Ongkili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/81373531021_295x200.jpg)
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720624767_AbangJohari.jpg)
Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari
Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pelbagai teknologi baharu yang dapat menjana lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk mencapai sasaran menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.
![Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam? Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719983358_coal.jpg)
Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam?
Proses pengumpulan dana sehingga AS$2.68 bilion (RM12.64 bilion) adalah 'salah satu yang terbesar seumpamanya yang dikumpul oleh bank Malaysia untuk projek luar negara'.
![Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716608644_TBProgramTarifEl.jpg)
Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu
Malaysia perlu mempertimbangkan mekanisme kewangan Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP) untuk memacu matlamat menghentikan penggunaan arang batu dan mengurangkan pergantungan bahan api fosil.
![China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81566565558_TBmashflags.jpg)
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
![Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692253502_TBsingapore.jpg)
Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia
MAS berkata penyahkarbonan sektor tenaga, penerbangan dan pengangkutan maritim adalah penting untuk rantau ini beralih kepada sifar bersih.
![Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682049545_ColombiaMineExplos.jpg)
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.
![Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664181426_TBJapanFlag.jpg)
Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama
Import arang batu Rusia ke Jepun turun 82 peratus pada September dan 45.6 peratus dalam tempoh yang sama.
![Peralihan tenaga tidak dapat dielakkan, penting untuk menjamin keselamatan tenaga Peralihan tenaga tidak dapat dielakkan, penting untuk menjamin keselamatan tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660460822_CoalMine.jpg)
Peralihan tenaga tidak dapat dielakkan, penting untuk menjamin keselamatan tenaga
TNB merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu sebanyak 50 peratus menjelang 2035.
![Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655816583_TBTiangElektrik.jpg)
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik telah meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan, kata ahli ekonomi.
![Kos jana elektrik meningkat 45% susulan peningkatan harga arang batu Kos jana elektrik meningkat 45% susulan peningkatan harga arang batu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629604807_TBMETERBILTNB.jpg)
Kos jana elektrik meningkat 45% susulan peningkatan harga arang batu
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi rebat untuk pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022.