PUTRAJAYA: Kenaikan harga komponen makanan ternakan di pasaran antarabangsa boleh mempengaruhi kenaikan harga ayam standard di pasaran tempatan ketika ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.
Bercakap kepada media selepas majlis pengumuman agihan dividen Dana Peladang Kebangsaan di sini hari ini, Ronald berkata harga komponen makanan bagi menghasilkan makanan ayam akan meningkat selari dengan kenaikan harga di pasaran dunia.
"Antaranya dedak, komponen makanan haiwan seperti jagung, kacang soya dan sebagainya bergantung kepada harga pasaran import luar negara.
"Kita tertakluk kepada itu (harga import) sebab itu harga makanan haiwan tertakluk kepada harga komponen makanan haiwan yang diimport," katanya mengulas laporan kenaikan harga ayam standard di pasaran tempatan yang mencecah RM10 sekilogram (kg) sejak minggu lalu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan semalam menyatakan pemantauan dan pemeriksaan di peringkat makanan ayam (dedak), mendapati berlaku peningkatan terhadap kos bagi bahan-bahan utama makanan ayam iaitu jagung, soya dan minyak sawit mentah yang merupakan antara bahan utama bagi pengeluaran makanan ternakan tersebut.
Dua bahan tersebut iaitu jagung dan soya merupakan item yang diimport 100 peratus daripada negara luar.
Ronald berkata kepentingan semua pihak perlu diambil kira dalam menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran, dan perlu ada keseimbangan antara kos pengeluaran produk makanan dan harga akhir kepada pengguna.
"Jika dikatakan ada kenaikan harga produk makanan tertentu, kita kena kaji apa faktor-faktor dengan kenaikan sama ada disebabkan oleh logistik, makanan ayam seperti komponen makanan atau faktor perolehan anak ayam dan sebagainya, semua ini perlu dikaji," katanya.
KPDNHEP melaporkan 'Price Alert Harian' pada Isnin lepas mendapati harga ayam standard peringkat nasional meningkat daripada RM8.39 sekilogram kepada RM8.47 sekilogram, peningkatan sebanyak 0.94 peratus atau lapan sen sekilogram.
Berdasarkan pemantauan KPDNHEP di Semenanjung, terdapat 19 premis yang menjual ayam standard pada harga melebihi RM10 sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
![Kenaikan harga komponen makanan ternakan pengaruhi harga ayam di pasaran - Ronald Kenaikan harga komponen makanan ternakan pengaruhi harga ayam di pasaran - Ronald](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631281769_hargaayamnaik.jpg)
Ronald berkata harga komponen makanan bagi menghasilkan makanan ayam akan meningkat selari dengan kenaikan harga di pasaran dunia. - Gambar fail
![Google DeepMind kini boleh selesaikan masalah matematik kompleks Google DeepMind kini boleh selesaikan masalah matematik kompleks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721981398_GoogleDeepMind.jpg)
Google DeepMind kini boleh selesaikan masalah matematik kompleks
Google DeepMind Kini Boleh Selesaikan Masalah Matematik Kompleks
![Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721981020_AplikasiGoogleGem.jpg)
Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.
![Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721555057_tbNurFarahKartini.jpg)
Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini
Kehilangan Nur Farah Kartini berakhir penuh tragis apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Bernam, Selangor lima hari kemudian.
Pemerhati UK sahkan 75 peratus kematian tempoh awal perang di Gaza
Kajian diketuai Airwars, sebuah syarikat tidak berkeuntungan berpangkalan di London, mendapati kira-kira 75 peratus daripada angka kematian dilaporkan Kementerian Kesihatan Gaza sepadan dengan nama yang dilaporkan orang awam Palestin dalam talian.
![Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721967818_TBAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Indonesia optimis capai pertumbuhan ekonomi stabil dan inklusif
Pengecualian cukai dan faedah lain di Zon Ekonomi Khas (SEZ) Indonesia dijangka menarik pelaburan dan menyokong pembangunan di kawasan kurang berkembang. Dr. Fithra Faisal Hastiadi menekankan kepentingan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan dan memanfaatkan potensi ASEAN.
[TERKINI] Ganjaran tunai RM2 juta menanti pemenang emas pertama negara di Olimpik
Tiga penaja daripada sektor korporat sedia menawarkan ganjaran tunai RM2 juta kepada atlet negara yang berjaya melunaskan misi membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024
![JKM temu bual dua ahli keluarga berhubung isu penjagaan adik Zayn Rayyan - Peguam JKM temu bual dua ahli keluarga berhubung isu penjagaan adik Zayn Rayyan - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721978940_ZaynRayyan.jpg)
JKM temu bual dua ahli keluarga berhubung isu penjagaan adik Zayn Rayyan - Peguam
Jabatan Kebajikan Masyarakat menemu bual dua ahli keluarga terdekat Zayn Rayyan Abdul Matiin berhubung isu penjagaan adiknya, Zahin Mateen.
Tugas saya sampai di sini sahaja- Peguam Mahmud Jumaat
Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin yang ditemukan mati, pada Disember lalu.
Keluarga harap keadilan arwah Farah Kartini - Sepupu
Sepupu kepada Allahyarham Nur Farah Kartini, Suzursofia Smeth Jaya, 33, merasakan lega dan berpuas hati dengan pertuduhan terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Jumaat.
![KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589856548_Hargaayam.jpg)
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.