KUCHING: Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pembekal bahan kek tersebut dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan peningkatan mendadak harga produk ikonik Bumi Kenyalang itu.
Pengerusi persatuan itu, Zubaidah Sahadar memberitahu Bernama bahawa mereka mahukan perbincangan yang menghasilkan situasi menang-menang bukan hanya antara pengusaha produk dan pembekal bahan, tetapi juga tidak menambahkan beban kepada pembeli mereka.
"Kenaikan harga bahan seperti tepung gandum, telur ayam dan mentega baru-baru ini memanglah memeningkan kepala pengusaha kek lapis Sarawak dan kami terpaksa memerah otak untuk mengimbangi peningkatan kos ini bagi mendapatkan kembali harga pulang modal," katanya.
Selain itu, pengusaha kek lapis Sarawak yang kebiasaannya boleh menempah sehingga 20 papan telur ayam sehari kini hanya boleh mendapatkan sehingga 10 papan sahaja dan ini turut menjejaskan kuantiti produk yang mereka boleh hasilkan.
"Jika kerjasama antara pembekal dan pengusaha dapat diwujudkan, ia akan memudahkan kami untuk mendapatkan bekalan memandangkan kami memerlukan bahan ini dalam kuantiti yang banyak dan kalau boleh, ditawarkan pada harga lebih rendah," katanya.
Zubaidah, 57, berkata ahli persatuan itu terpaksa menaikkan sedikit harga jualan produk mereka dari RM10 dalam sebekas kecil kek kepada sekitar RM12, bergantung kepada jenis kek lapis berkenaan untuk memperoleh kembali modal mereka.
Beliau yang memiliki perniagaan Zue Kek Lapis Sarawak sejak hampir tiga dekad berkata dengan peningkatan jumlah ahli persatuan itu kepada 46 kini, beliau percaya permintaan barangan mentah dalam kalangan pengusaha turut meningkat kelak.
Sementara itu, pengusaha Ezza Kek Lapis, Azida Mohamad Hepni, 45, berkata beliau berharap agar pembeli memahami situasi pengusaha yang perlu menaikkan harga kek lapis.
"Ada juga kalangan pengusaha yang terpaksa kecilkan saiz bagi memastikan kualitinya tetap sama, dengan harga yang sama seperti dulu. Namun, ada juga pelanggan yang sanggup bayar mahal kerana kek lapis juadah utama di musim perayaan.
"Perniagaan kek lapis baru sahaja mahu merangkak semula kerana kami turut terkesan akibat COVID-19. Semenanjung Malaysia merupakan market terbesar kek lapis tapi tidak boleh dihantar kerana sekatan yang dibuat sebelum ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
![Kenaikan harga barang: Persatuan Kek Lapis Sarawak mahu bekerjasama dengan pembekal Kenaikan harga barang: Persatuan Kek Lapis Sarawak mahu bekerjasama dengan pembekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657525306_KekLapis.jpg)
Mereka mahukan perbincangan yang menghasilkan situasi menang-menang bukan hanya antara pengusaha produk dan pembekal bahan, tetapi juga tidak menambahkan beban kepada pembeli mereka. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733122740_TBAmeyoko.jpg)
Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.
![Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729807624_tbFuziahSalleh.jpg)
Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.
![MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716960953_pasarraya.jpg)
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
![Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715227097_barangjpg.jpg)
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
![[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama [KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712223046_RumahterbukaMakan.jpg)
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
![Hampir 10 peratus usahawan gulung tikar pada April 2020 akibat COVID-19 - Ewon Hampir 10 peratus usahawan gulung tikar pada April 2020 akibat COVID-19 - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700717286_TBEwonBenedick.jpg)
Hampir 10 peratus usahawan gulung tikar pada April 2020 akibat COVID-19 - Ewon
Kira-kira 8.85 peratus usahawan telah gulung tikar pada April 2020 selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barangan.
![Harga telur, ayam dijangka naik selepas 30 Oktober - CAKE Harga telur, ayam dijangka naik selepas 30 Oktober - CAKE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698498066_YusrizalYusuff.jpg)
Harga telur, ayam dijangka naik selepas 30 Oktober - CAKE
Pelaksanaan apungan harga ayam dan telur dijangka akan menyaksikan kenaikan harga dua barangan ini selepas tarikh 30 Oktober ini.
![Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71587016637_DatukWira.jpg)
Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d
![Kerajaan kawal harga barang, tidak mungkin naik - Salahuddin Kerajaan kawal harga barang, tidak mungkin naik - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688728990_SalahuddinAyub.jpg)
Kerajaan kawal harga barang, tidak mungkin naik - Salahuddin
Beliau turut memberi jaminan langkah kerajaan mengawal penuh barangan tidak bersubsidi, tidak memungkinkan kenaikan harga barang.
![Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674793586_TBPRESMA.jpg)
Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma
Kenaikan harga barang tak dapat dielak atas pelbagai faktor antaranya penggajian pekerja, sewa premis, dan kadar tukaran mata wang.