KUALA LUMPUR: Kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diumumkan semalam dilihat mampu menyumbang kepada pencapaian lebih baik dalam kalangan pelajar.
Ini kerana para pelajar boleh memberi lebih fokus kepada pengajian apabila tidak lagi terbeban dengan masalah kewangan.
Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr Sazuliana Sanif berkata sebagai pendidik, beliau berharap elaun sara hidup yang lebih tinggi dapat membolehkan pelajar tajaan JPA mengakses sumber daya tambahan.
"Ini termasuk bahan rujukan, buku dan peralatan diperlukan untuk pengajian mereka. Ini sekali gus akan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka dan menyokong pencapaian akademik yang lebih baik.
"Dengan pembiayaan yang mencukupi, para pelajar dapat fokus sepenuhnya pada pendidikan mereka tanpa perlu menghadapi tekanan kewangan berlebihan," katanya kepada Bernama hari ini.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Fuadah Johari berkata langkah menaikkan elaun sara hidup JPA yang diumumkan semalam merupakan satu pendekatan yang sangat baik ketika kos sara hidup semakin meningkat.
"Biasiswa pendidikan adalah pelaburan untuk menjana pulangan masa akan datang. Jadi perbelanjaan kerajaan dalam sektor pendidikan secara tidak langsung akan menjana ekonomi setempat, khusus kepada keperluan asas pelajar institusi pengajian tinggi.
"Ini secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi setempat bagi aktiviti ekonomi sektor peruncitan, makanan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asasi pelajar," katanya.
Menurut Fuadah langkah itu juga satu bentuk pelaburan kepada pembangunan negara kerana pelajar yang berjaya dalam kerjaya selepas menamatkan pengajian merupakan bakal pembayar cukai pada masa akan datang.
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Azmil Mohd Tayeb berkata kenaikan elaun sara hidup untuk pelajar JPA adalah satu inisiatif yang bagus.
"Ia selari dengan kenaikan kos sara hidup sekarang. Kenaikan elaun ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar supaya mereka boleh lebih fokus kepada pengajian mereka," katanya.
Pensyarah Kewartawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam Fadzillah Aishah Ismail berkata keputusan kenaikan elaun itu dialu-alukan oleh warga akademik menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim prihatin degan kos sara hidup yang semakin tinggi termasuk golongan pelajar.
"Jangan beli perkara yang tidak sepatutnya, gunakan elaun itu ke arah kebaikan seperti membeli buku pengajian dan perkara berkaitan pelajaran.
"Walaupun sesetengah pihak rasakan bahawa RM100 itu sedikit tetapi untuk pelajar B40 kenaikan RM100 tambahan itu adalah jumlah yang besar yang pasti akan memberi kelegaan kepada penuntut institut pengajian tinggi awam di bawah tajaan JPA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Para pelajar boleh memberi lebih fokus kepada pengajian apabila tidak lagi terbeban dengan masalah kewangan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Oktober 2023.