KUALA LUMPUR: Peningkatan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150 berbanding RM100 untuk semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa amat dialu-alukan terutama kepada golongan B40 dan M40.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Fouzi Singon bagaimanapun berkata ibu bapa perlu menggunakan bantuan itu sebaik mungkin untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka untuk belajar.
"Bantuan itu juga membantu penjaga untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyumbangkan kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang digunakan untuk kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum murid," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar peruntukan makan murid prasekolah perlu dikaji semula memandangkan peruntukan sedia ada sebanyak RM2 untuk dua kali makan, melibatkan waktu sarapan dan rehat, tidak memadai untuk mereka.
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 mengumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar sebanyak RM55.6 bilion pada 2023 berbanding RM52.6 bilion tahun ini.
Katanya selain menaikkan BAP, peruntukan itu antara lain menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung manakala RM4 berbanding RM3 sebelum ini bagi Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa bulan ini.
Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE) Mak Chee Kin berkata kenaikan RMT itu amat membantu, namun pengusaha kantin diharap tidak berfikir dari sudut keuntungan semata-mata dengan memberi makanan yang biasa.
Sebaliknya, beliau mencadangkan pengusaha kantin perlu memberi hidangan makanan yang terbaik, seperti sihat dan bernutrisi, memandangkan RMT adalah perniagaan tambahan mereka.
"... kerajaan boleh memberi mereka (pengusaha kantin) insentif tambahan seperti mengurangkan kadar sewa kantin dan memberi sijil perhargaan kepada mereka dalam satu majlis.
"Ini akan menggalak lebih pengusaha kantin untuk menambah baik makanan RMT," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka mencadangkan pengusaha kantin perlu memberi hidangan makanan yang terbaik, seperti sihat dan bernutrisi, memandangkan RMT adalah perniagaan tambahan mereka. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Bantuan Awal Persekolahan diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.

KPM teliti cadangan agih wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus
KPM sedang meneliti cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun pelajar sepenuhnya.

KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan
Ini termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.

Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan
Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.

Bajet 2023: Bantuan awal persekolahan dinaik RM150, diberi kepada semua murid
Kerajaan menaikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150 berbanding RM100 dan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya pada tahun hadapan.

Bantuan awal persekolahan RM327 juta tahun ini-Mahdzir
RM327 juta ringgit diperuntukkan untuk bantuan awal persekolahan 2018 kepada pelajar seluruh negara bagi meringankan beban kewangan keluarga.