PUTRAJAYA: Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga dalam pembangunan sesuatu kawasan bagi memastikan penyediaan infrastrukturnya termasuk pembinaan menara telekomunikasi dapat dipercepatkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata pada masa ini, pemaju hanya menyediakan perancangan air dan elektrik dalam kebenaran merancang, menyebabkan berlaku kelewatan penyediaan prasarana komunikasi.
"Sekarang diminta pemaju menyediakan perancangan untuk kesalinghubungan Internet sebagai utiliti ketiga seperti lokasi menara dan laluan untuk gentian optik.
"Ini kerana ada waktunya oleh kerana kesalinghubungan Internet tidak dimasukkan dalam kebenaran merancang, bila dah siap yang ada (kawasan) keliling sahaja sahaja boleh buat menara, di tengah-tengah ada blind spot tetapi tidak boleh letak menara kerana masalah tanah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 kepada warga kementerian itu termasuk jabatan dan agensi di bawahnya, di sini hari ini.
Beliau berkata kementeriannya telah berunding dengan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu termasuk meminta perkara tersebut dijadikan syarat wajib dalam kebenaran merancang.
Katanya kesalinghubungan Internet harus dilihat sebagai utiliti ketiga selain daripada air dan elektrik, dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negara.
Sementara itu, Saifuddin berkata kementerian sedang berusaha untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang masing-masing dengan menggalakkan pegawai melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus profesional bersesuaian.
"Kita boleh mengurangkan halangan atau menambah cara-cara bagi membolehkan mereka berjaya atau mencapai tahap lebih tinggi dan tidak dihalang oleh apa-apa proses atau peraturan, harus ada fleksibiliti bagi sesetengah bakat dalam bidang khusus yang boleh ditonjolkan," katanya.
Pada majlis itu, Saifuddin menyampaikan sendiri APC kepada 146 penerima pelbagai gred termasuk dua penerima daripada golongan Orang Kurang Upaya iaitu pembantu tadbir Gred N19 daripada Jabatan Penerangan Negeri Johor Chua Boon Kiong serta kakitangan kementerian Mimi Noor Azni Shaari daripada ibu pejabat.
Keseluruhannya, seramai 634 warga kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya menerima APC 2020 sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan perkhidmatan termasuk enam pegawai yang berkhidmat lebih 30 tahun, antaranya Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
![Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga - Saifuddin Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617354468_PerkhidmatanCemerla.jpg)
Datuk Saifuddin Abdullah (kanan) menyampaikan anugerah penghargaan pegawai yang berkhidmat melebihi 30 tahun kepada Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 KKMM hari ini. - BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![Hindari jurang generasi dengan komunikasi efektif Hindari jurang generasi dengan komunikasi efektif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738901222_TBorangtua.jpg)
Hindari jurang generasi dengan komunikasi efektif
Komunikasi efektif berupaya membina keharmonian sekali gus menghindari salah faham antara generasi.
![[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung [KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729697022_TBFlagsilhouette.jpg)
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.
![Liputan internet, komunikasi di Pahang capai lebih 94 peratus - Fahmi Liputan internet, komunikasi di Pahang capai lebih 94 peratus - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728376929_FahmiFadzil.jpg)
Liputan internet, komunikasi di Pahang capai lebih 94 peratus - Fahmi
Tahap liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Pahang secara keseluruhannya telah mencapai 94.68 peratus.
![JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703927945_TBFadzliMohamadKa.jpg)
JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.
![Hayati lirik 'Bukan Kerana Nama', junjung Rukun Negara - Abdullah Saidol Hayati lirik 'Bukan Kerana Nama', junjung Rukun Negara - Abdullah Saidol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716631742_AbdullahSaidol.jpg)
Hayati lirik 'Bukan Kerana Nama', junjung Rukun Negara - Abdullah Saidol
Ini akan membolehkan pelajar jurusan komunikasi memahami bahawa mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk serta cara.
![MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714917684_mcmcinternet.jpg)
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut.
![Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/41445935264_Mothers.jpg)
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
![Individu ingin mohon kewarganegaraan Malaysia perlu dinilai kefasihan Bahasa Melayu Individu ingin mohon kewarganegaraan Malaysia perlu dinilai kefasihan Bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710770746_KesavadasAAchyuth.jpg)
Individu ingin mohon kewarganegaraan Malaysia perlu dinilai kefasihan Bahasa Melayu
Senator Datuk A. Kesavadas berkata penilaian itu perlu dilakukan tidak kira siapapun individu yang terlibat.
![Rakyat masih harap perdana menteri dan kerajaan selesaikan isu ekonomi - Penganalisis Rakyat masih harap perdana menteri dan kerajaan selesaikan isu ekonomi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700578650_AnwarIbrahim.jpg)
Rakyat masih harap perdana menteri dan kerajaan selesaikan isu ekonomi - Penganalisis
Dalam tempoh setahun ini, banyak cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Anwar sebagai perdana menteri sebuah kerajaan yang mengandungi banyak parti.