Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.
Berucap pada Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS di St Regis Hotel, Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu kitaran pilihan raya.
"Saya tahu bahawa sebahagian daripada anda mendengar beberapa cerita yang kurang positif tentang ekonomi Malaysia, terutama mengenai 1MDB.
"Bagaimanapun, saya harus mengingatkan anda bahawa walaupun ada masalah, beberapa ahli politik pembangkang di negara kami memperbesar-besarkannya," kata Najib.
Perdana Menteri berkata daripada menutup isu itu, kerajaan sebaliknya mengarahkan siasatan dijalankan ke atas syarikat itu pada tahap yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sebelum ini.
Najib berkata beliau mengarahkan supaya syarikat itu dirasionalisasikan apabila nampak jelas syarikat itu gagal.
"Ini berjalan lancar dan banyak aset yang dahulunya dimiliki oleh 1MDB kini berkembang maju," katanya.
Najib sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Presiden Donald Trump di White House dalam lawatan kerja tiga harinya ke Amerika Syarikat.
Beliau menggesa komuniti perniagaan supaya tidak membiarkan suara politik pembangkang mengenai perkara itu mengaburkan realiti sebenar.
Perdana Menteri turut memetik ahli ekonomi Dr Bruce Gale sebagai berkata bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar yang jauh melebihi purata antarabangsa.
Mungkin saya wajar memberitahu anda bahawa Dr Gale ialah pengarang buku baharu bertajuk 'Economic Reform In Malaysia: The Contribution Of Najibnomics.'
"Namun, saya tidak menaja buku itu, saya jamin dan saya sendiri tidak tahu sesuatu yang dipanggil Najibnomics," katanya sambil menambah bahawa kemajuan besar telah dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia.
"Bagi yang ada di sini dan tidak kenal Malaysia dengan baik, datang dan pasti terkejut. Datang dan lihat firma berteknologi tinggi yang telah berpindah ke negara kami, dan syarikat yang dibangunkan sendiri dalam negara yang kami amat banggakan.
"Datang dan lihat infrastruktur dan rangkaian pengangkutan awam baharu yang kami sedang bangunkan di Malaysia," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan majlis Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation untuk pembelian pesawat dan penubuhan kemudahan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih di Sepang, berjumlah US $3.9 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS di St Regis Hotel. - Foto BERNAMA
Leka layan pelanggan, 12 GRO warga Vietnam antara 33 ditahan Imigresen
Mereka ditahan dalam serbuan di tiga premis iaitu pusat hiburan, restoran dan perniagaan menerusi Ops Gegar, Ops Selera dan Ops Minyak.
Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Polis minta bantuan kesan Durratun Hamizah
Menerusi kenyataan Polis Daerah Ipoh pada Khamis, alamat terakhirnya di No 10, Jalan Palma C11, Bandar Seri Botani, Ipoh.
Lebih 70,000 wanita di Malaysia terima suntikan vaksin HPV
Jumlah itu dilihat memberangsangkan dan ia hasil kerja keras warga NCSM bersama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Perak.
SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan
Projek yang bermula pada 27 Julai 2022 itu, kini 40 peratus siap dan sedang dalam fasa pemasangan struktur IBS untuk bangunan utama sekolah.
Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan
Katanya pengibaran Jalur Gemilang perlu dilihat sebagai cerminan jati diri selain menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.
Malaysia berpotensi raih pasaran ekonomi penjagaan bernilai US$25.5 bilion - Hanifah Hajar
Ekonomi Penjagaan sedang mengalami pertumbuhan yang besar di rantau Asia Tenggara dengan Malaysia berpotensi meraih pasaran bernilai kira-kira US$25.5 bilion daripada industri tersebut.
Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM
Setakat ini 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Pegangan asing bon Malaysia cecah RM279.1 bilion pada Julai - MIDF Amanah
Pegangan asing ke atas bon Malaysia meningkat kepada RM279.1 bilion pada Julai 2024 daripada RM271.3 bilion pada Jun 2024, menjadi jumlah tertinggi dalam tempoh sejak November 2023.
Peningkatan kes baharu dadah sebabkan kesesakan penjara
Jabatan Penjara mendedahkan berlaku kesesakan penjara di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu melibatkan dadah.
Kempen untuk sabotaj 1MDB bertujuan kurangkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB).