Pepatah ini mungkin sesuai untuk menggambarkan rezeki seorang bekas guru, Norizan Mat Lahim apabila menjadi pemenang hadiah utama Cabutan Suku Ke-3 Kempen Hello CBP 2024, sekali gus membawa pulang sebuah Proton S70.
Pesara berusia 55 tahun dan berasal dari Pulau Pinang itu menerima hadiah berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP), Datuk Baharom Embi dalam satu majlis di ibu negara hari ini.
Selain Norizan, turut menang adalah Mohd Azizan Ahmad, 54, yang bekerja sendiri dengan membawa pulang motosikal Suzuki Gixxer 250.
Manakala guru, Ruslin Abdul Rahman, 56, dan seorang lagi pesara, Ab Wahab Che Mat, 64, masing-masing membawa pulang pakej percutian atau umrah.
Baharom dalam ucapannya berkata orang ramai masih berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik bagi Cabutan Suku ke-4 Kempen Hello CBP 2024.
"Antara kelainan kempen Hello CBP 2024 adalah cabutan dilakukan setiap suku tahun di mana pemenangnya akan menerima hadiah sama seperti yang dibawa pulang oleh Norizan, Mohd Azizan, Ruslin dan Ab Wabab.
"Kaedah penyertaan kempen ini juga mudah dengan hanya melanggan produk dan perkhidmatan ditawarkan CBP, sekali gus berpeluang memenangi hadiah menarik,” ujarnya.
Kempen Hello CBP 2024 yang berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Disember ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 juta dan ia jumlah hadiah tertinggi pernah ditawarkan CBP.