Bagi memastikan wanita terus merencanakan masa depan dan tidak berhenti mengejar impian, jenama penjagaan kulit SK-II tampil dengan pendekatan baharu bagi menjayakan kempen #changedestiny.
Melalui filem pendek, Dream Again | SK-II #changedestiny mengetengahkan kelainan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai kaunselor untuk kembali membangkitkan semangat wanita agar terus berusaha menjadikan impian satu realiti.
Ia dijadikan satu eksperimen sosial untuk menggunakan pengaruh kanak-kanak yang penuh dengan impian dan sentiasa bersemangat dalam mengejar apa yang diimpikan.
Menurut Presiden Global SK-II, Markus Strobel, kempen #changedestiny akan mencabar ketentuan nasib dan pada masa sama meraikan wanita yang mengatasi cabaran untuk mencapai kejayaan.
Penerbitan filem itu juga didorong hasil tinjauan Indeks Impian Global yang pertama ke atas lebih 5,400 wanita dari 14 negara.
Dapatan kajian berkenaan mendapati enam daripada 10 wanita di Malaysia, tidak berusaha dan tidak berpuas hati dengan kehidupan masing-masing atas pelbagai faktor termasuk isu kewangan dan kebimbangan untuk keluar dari zon selesa.
Keputusan itu juga menunjukkan 82 peratus wanita di seluruh dunia yang berusaha mencapai impian masing-masing akan berpuas hati dengan kehidupan mereka.
Melalui filem pendek Dream Again | SK-II #changedestiny memperlihatkan bagaimana sekatan sosial dan rasa rendah diri menjadi penghalang kepada kebanyakan wanita untuk menghentikan usaha bagi mengejar impian mereka.
Sebagai pemendam impian dan bebas mengejar impian masing-masing, kanak-kanak diberikan peranan sebagai kaunselor tidak diduga yang hanya berkomunikasi dengan wanita dewasa melalui fon-telinga.
Sesuai dengan kempen #changedestiny di Kuala Lumpur, dua kanak-kanak, Danish Anaqi Aaron, 12, dan Dwi Ariana Aaron, 10, mengambil alih peranan sebagai juruhebah radio di Hitz.fm Playlist.
"Apakah impian anda ketika berusia seperti kami?" tanya Danish ketika menghos program radio itu.
"Adakah anda yakin boleh mencapai impian anda sekarang?" tanya Dwi.
Kedua-dua kanak-kanak ini mencetuskan inspirasi dan semangat dalam kalangan wanita dewasa untuk terus berusaha mencapai cita-cita mereka.
"Adakah anda tahu bahawa enam daripada 10 wanita, tidak mengejar cita-cita mereka di Malaysia?" tanya Danish lagi.
"Benar, kebanyakan orang lupa tentang impian mereka apabila usia semakin lanjut. Saya tidak mahu kamu atau sesiapa lupa perasaan untuk memiliki impian," kata Dwi pada penghujung program radio itu.
Dania Zainuddin
Tue Jun 21 2016

Kedua-dua kanak-kanak ini mencetuskan inspirasi dan semangat dalam kalangan wanita dewasa untuk terus berusaha mencapai cita-cita mereka. - Foto Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kempen Dream Again SK-II #changedestiny hidupkan semula impian wanita
Bagi memastikan wanita terus merencanakan masa depan dan tidak berhenti mengejar impian, jenama penjagaan kulit SK-II tampil dengan pendekatan baharu bagi menjayakan kempen #changedestiny.

Yuna temu ramah Cate Blanchett sempena program #changedestiny
Difahamkan, Yuna berpeluang untuk menemu ramah Cate Blanchett secara ekslusif sempena program SK-II #changedestiny menerusi Google Hangout, hari ini.