KUALA LUMPUR: Program kempen antidadah dalam kalangan remaja perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bagi membendung jenayah penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan itu.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata kempen seperti itu bukan sahaja boleh mengisi masa senggang remaja dengan aktiviti sihat tetapi ia juga dapat membantu usaha kerajaan dan agensi berkenaan membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.
"Pengisian program perlu diberi penekanan dari aspek pemantapan bahaya dadah, pembangunan nilai jati diri, daya tahan dan kepimpinan," katanya ketika merasmikan Kempen Bersepadu ke Arah Malaysia Bebas Dadah dan Jenayah Juvana 2023 di sini semalam.
Kempen berkenaan merupakan anjuran Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia (PJNM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan AADK.
Sementara itu Pengerusi PJNM Datuk Zulkifly Ibrahim berkata pendidikan awal mengenai bahaya dadah mampu mencipta persekitaran yang lebih selamat dan sihat untuk golongan muda di negara ini.
Zulkifly berkata kempen kesedaran tentang dadah dan jenayah juvana adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan jenayah berkaitan juvana dengan tumpuan kepada pencegahan dan pendidikan.
"Kami komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa tempatan dan rakan-rakan korporat, untuk meluaskan jangkauan kempen kesedaran kami dan memberikan kesan positif kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
SUTEKNO: Pengisian program kempen antidadah perlu diberi penekanan dari aspek pemantapan bahaya dadah, pembangunan nilai jati diri, daya tahan dan kepimpinan. - Gambar fail/BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
475 pegawai AADK terima penganugerahan Sijil Perakuan Amalan
PPA juga sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan dan rawatan.
Penyalahgunaan dadah libat pelajar sekolah tunjuk trend membimbangkan - AADK
Sebanyak 10,456 kes penyalahgunaan dadah direkodkan melibatkan murid sekolah rendah pada 2020 dan meningkat kepada 10,712 kes pada 2021.
Anjung Komuniti jadi hab aktiviti di kawasan berisiko tinggi - AADK
Inisiatif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dalam menyediakan Anjung Komuniti di kawasan berisiko tinggi (KBT) harus dijadikan contoh.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.
Komuniti MADANI berperanan jadi perantara kerajaan dan rakyat
Komuniti MADANI berperanan sebagai perantara bagi kerajaan dan rakyat dalam usaha memastikan dasar dan polisi yang ingin dilaksanakan selaras dengan keperluan dan kepentingan rakyat.
Keluarga tempat rujukan utama klien - AADK
Ini kerana keluarga adalah tempat rujukan utama klien dalam mendapatkan kepulihan sepanjang hayat.