KUANTAN: Kementerian Pertahanan menyasarkan 200 usahawan dalam kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima bantuan geran perniagaan pada tahun ini, kata Timbalan Menterinya Adly Zahari.
Beliau berkata bantuan itu antara lain bertujuan memberikan suntikan modal bagi usahawan sedia ada untuk mengembangkan perniagaan mereka sekali gus dapat menambah pendapatan.
"Pihak kami akan menjalin kerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memastikan usahawan veteran menerima bantuan berkenaan," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) yang dihadiri kira-kira 150 veteran di sini, semalam.
Pada majlis itu juga, 10 usahawan daripada Pahang telah menerima bantuan geran bernilai RM5,000 di bawah inisiatif Sokongan Pengukuhan Keusahawan Luar Bandar (SPKLB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Mengulas lanjut, Adly berkata pemberian geran untuk tahun ini baru dimulakan pada bulan lepas dan setakat semalam 20 usahawan yang menjalankan perniagaan di kawasan Lembah Klang, Pahang dan Negeri Sembilan telah menerima bantuan itu.
Sementara itu Adly berkata PERHEBAT sedang memantau 1,286 veteran di Pahang yang telah tamat Latihan Peralihan dalam tempoh lima tahun bermula 2018 hingga tahun lepas.
Menurutnya daripada jumlah itu 329 individu terlibat dalam bidang perniagaan, 139 veteran bekerja bermajikan manakala 232 veteran masih belum mempunyai kerjaya kedua atas pelbagai faktor.
Sementara itu, pengusaha sos makanan Yong Tau Fuu Mohd Jufizan Johar, 44, daripada Raub berkata geran yang diterima itu dapat membantunya menambah peralatan untuk menghasilkan sos berkenaan.
Katanya bantuan diberikan tepat pada masanya kerana beliau turut merancang menambah kuantiti produknya untuk dipasarkan ke negeri lain.
"Terima kasih kepada PERHEBAT kerana memilih saya untuk menerima inisiatif yang sangat bermakna ini supaya kami dapat kembangkan perniagaan sedia ada," kata veteran ATM yang mengetengahkan produk dengan jenama Pak Chu Kitchen.
Bagi pengusaha daging arnab perap, Ahmad Firdaus Ahmad Safri, 41, berkata bantuan itu akan digunakan untuk membeli makanan haiwan ternakan itu yang kini dimiliknya sebanyak lebih 600 ekor.
"Teruja dan bersyukur kerana dalam ramai-ramai orang saya terpilih untuk menerima bantuan geran ini yang sudah tentu besar manfaatnya kepada saya.
"Selain beli makanan arnab, saya juga akan guna untuk menambah jenis baka haiwan itu...saya juga berharap produk yang diusahakan ini akan dapat diperluaskan ke luar negara kelak," katanya yang menjalankan perniagaan itu di Kuala Lipis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Adly berkata, setakat semalam, 20 usahawan yang menjalankan perniagaan di kawasan Lembah Klang, Pahang dan Negeri Sembilan telah menerima bantuan itu. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kementerian Pertahanan sasar 200 usahawan veteran terima bantuan geran - Adly
Bantuan itu antara lain bertujuan memberi suntikan modal bagi usahawan untuk mengembangkan perniagaan sekali gus menambah pendapatan.