BANTING: Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif berkenaan memfokuskan lapan bidang merangkumi ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan komuniti, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan dan budaya serta daya cipta.
Beliau berkata sebanyak 116 daripada 8,438 RT di seluruh negara telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai perintis Model RT Progresif fasa pertama yang akan bermula selepas pelancaran berkenaan.
"Sejak penubuhan RT pada 1975, peranannya sebagai pemacu agenda perpaduan dan keselamatan dalam komuniti telah terbukti memberi impak yang signifikan kepada negara.
"Pencapaian RT dapat dilihat bukan sahaja dalam aspek penyatuan masyarakat, tetapi juga telah mengorak langkah lebih jauh ke hadapan terutamanya dalam aspek pembangunan komuniti," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu di sini hari ini.
Menerusi inisiatif itu, Aaron berkata RM11.073 juta peruntukan difokuskan kepada bidang ekonomi dan sara hidup serta keselamatan dan ketahanan komuniti.
Beliau berkata sebanyak RM2.612 juta diperuntuk kepada pemerkasaan bidang pembelajaran sepanjang hayat manakala RM4 juta diperuntuk bagi lima bidang lain.
"Melalui usaha ini, peranan RT akan diperkasa sebagai penghubung penting dalam komuniti melalui peningkatan keupayaan dan kerjasama strategik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif Tahun 2024 di Dewan Sri Jugra Banting hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KPN salur peruntukan bagi gerak kerja pascabanjir
KPN akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.

Kementerian Perpaduan Negara cadang pinda Akta Rukun Tetangga
Langkah membuat semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 sejajar dengan cabaran serta keperluan semasa.

Sekolah vernakular kini jadi tarikan, suburkan perpaduan - Menteri Perpaduan
Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini merupakan trend yang menarik dalam konteks perpaduan dalam negara.

Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique
Datuk Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat yang beliau tidak dipanggil SPRM berhubung siasatan isu MITRA.

PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.

Ahli politik harus berhenti manipulasi sentimen perkauman - Sivamurugan Pandian
Perkara itu terbukti seperti Tragedi Mei 1969, rusuhan kaum Kampung Rawa dan Kampung Medan, yang terus jadi titik hitam dalam sejarah negara.

Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.