MELAKA: Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan kerajaan negeri bagi meneruskan projek Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT) yang merupakan antara komponen projek Melaka Gateway, yang telah dibatalkan lesen pengoperasian pelaburannya sebelum ini ekoran beberapa masalah.
Menterinya Anthony Loke berkata MICT yang melibatkan kerja-kerja tambakan laut bagi sebahagian pulau di bawah projek Melaka Gateaway itu, hampir siap dan sekiranya tidak diteruskan akan menyebabkan kerugian dari pelbagai aspek terutama ekonomi bukan sahaja kepada rakyat malah negeri Melaka.
"Di peringkat kementerian telah menerima permohonan daripada pemaju Melaka Gateway bagi menghidupkan semula projek terminal kapal persiaran tersebut dan syarikat pemaju sedang dalam proses mendapatkan semula kelulusan lesen bagi meneruskan projek itu daripada kementerian khususnya Lembaga Pelabuhan Melaka.
"Kita tidak mempunyai masalah untuk menyokong projek ini diteruskan tetapi kita perlu mengambil kira pandangan kerajaan negeri dan di peringkat awal saya telah mengarahkan pegawai daripada Lembaga Pelabuhan Klang untuk berhubung dengan kerajaan negeri Melaka bagi berbincang khususnya melibatkan isu terminal kapal persiaran itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Melaka 2022 yang turut dihadiri Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew dan Setiausahanya Allex Seah Shoo Chin.
Anthony berkata beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri dalam masa terdekat dan membuat kunjung hormat ke atas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk perbincangan lanjut.
Beliau berkata projek MICT juga dilihat perlu diteruskan semula agar tidak terbengkalai dan menjadi projek gajah putih sekali gus mengelak ia menjadi lokasi bagi aktiviti tidak sihat.
Dalam perkembangan lain, katanya Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) menerusi inisiatif myBas Melaka akan dilaksanakan pada tahun ini bagi menambah baik sistem pengangkutan berkenaan di negeri itu.
Bagaimanapun, menurutnya pelbagai aspek termasuk kos pelaburan dan pelantikan kontraktor sedang dibincangkan secara lebih menyeluruh dan perbincangan bersama kerajaan negeri juga akan dilakukan dalam masa terdekat.
"Program SBST akan ditampung oleh kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2023 yang diumumkan baru-baru ini dan kementerian akan melantik serta membayar kepada syarikat operator untuk mengoperasikan inisiatif berkenaan.
"Perkhidmatan ini lebih stabil kerana pihak operator tidak mempunyai risiko dari segi kerugian operasi kerana ia ditanggung kerajaan tetapi mereka perlu memastikan jadual perjalanan bas adalah mengikut masa yang ditetapkan," katanya.
Ditanya tentang harga tambang bas di bawah myBas, beliau berkata kerajaan berkemungkinan turut memperkenalkan pas bulanan di Melaka seperti yang akan dilaksanakan di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook becakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Melaka 2022 di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Melaka bincang teruskan MICT - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan kerajaan negeri Melaka bagi meneruskan projek Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT).