SUNGAI SIPUT: Kementerian Pendidikan menerima 69 aduan berkaitan kegiatan buli di sekolah seluruh negara melalui portal aduan buli, semenjak ia dilancarkan seminggu yang lalu.
Ia menunjukkan peningkatan apabila Isnin lalu sebanyak 19 aduan berhubung perkara itu direkodkan menerusi portal sama.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata daripada jumlah berkenaan, satu aduan yang disalurkan menerusi platform Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) telah diselesaikan.
Walau bagaimanapun beliau tidak memperincikan lebih lanjut berhubung kes yang telah diselesaikan itu.
“Menerusi portal ini, melalui SISPA, sebanyak 28 aduan telah diterima dan daripada itu satu kes telah diselesaikan.
“Manakala, melalui email ada dua pertanyaan, tujuh panggilan pertanyaan melalui talian tetap, 10 panggilan pertanyaan melalui telefon mudah alih serta 20 pertanyaan melalui melalui WhatsApp dan dua aduan melalui WhatsApp turut diterima,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Wacana Dr Radzi Jidin Bersama Komuniti Orang Asli di Pusat Pentadbiran dan Pusat Komersial Orang Asli One Stop Center (OAOSC) di sini, pada Khamis.
Pada masa sama, Radzi berkata, kewujudan portal itu juga dilihat dapat memberi ruang keselesaan terhadap ibu bapa untuk menyampaikan aduan secara terus kepada kementerian sekiranya ada anak mereka yang terlibat mahupun menjadi mangsa buli.
Katanya ini kerana sebelum ini ada ibu bapa yang tidak mahu membuat laporan kepada pihak sekolah kerana bimbang aduan mereka itu tidak diambil perhatian atau cuba ‘disorok’.
Beliau juga memberi jaminan bahawa maklumat pengadu akan selamat di Kementerian Pendidikan bagi memastikan tiada pengadu mahupun anak-anak mereka tidak diganggu selepas aduan dibuat.
“Mesej yang kita hendak sampaikan adalah bahawa kementerian amat tegas apabila menyentuh soal buli terutama dalam kalangan murid dan pelajar sekolah.
“Kita memang tidak berkompromi dalam soal ini. Justeru kita mahu masyarakat dan anak-anak kita melihat bahawa gejala buli ini memberi implikasi besar (buruk) kepada pembuli mahupun mangsa buli,” jelas beliau.
Pada Khamis minggu lalu, Kementerian Pendidikan melancarkan portal aduan buli yang melibatkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan pelbagai lagi agensi lain.
Portal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli itu menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.
Saluran berkenaan adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), emel (adubuli@moe.gov.my) atau aduan SISPA KPM yang tersedia di portal aduan itu.
Amirrul Rabbani
Thu Aug 25 2022
Radzi berkata daripada jumlah berkenaan, satu aduan yang disalurkan menerusi platform Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) telah diselesaikan. - BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 7 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?
Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.
PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.