PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung isu perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti oleh pentadbiran kerajaan sebelum ini sekiranya diperlukan, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
"Bagi badan penyiasatan sekiranya ada keperluan, itu hak mereka melakukan siasatan termasuk dalam kementerian ini," kata beliau yang juga merupakan jurucakap kerajaan dalam sidang media di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya setakat ini tiada pemakluman daripada SPRM yang menghendaki Kementerian Komunikasi membantu siasatan kes berkenaan.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim pagi ini berkata suruhanjaya itu sedang menyiasat proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tempoh 2020 hingga 2022 yang menggunakan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.
Siasatan itu dibuat berdasarkan maklumat awal yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu P.Prabakaran pada November lepas di Dewan Rakyat.
Prabakaran ketika itu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini.
Susulan itu, Fahmi dalam catatan di aplikasi X berkata rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil ketika sidang media Kerajaan Perpaduan selepas Mesyuarat Pasca Kabinet di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pengurus syarikat kerugian RM108,750 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.
1,492 kes curi kabel komunikasi dan vandalisme dilaporkan setakat suku pertama 2024
Pelbagai usaha diambil bersama MCMC, penyedia perkhidmatan, pihak penguat kuasa serta penduduk setempat bagi mengurangkan risiko kecurian kabel menara komunikasi.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Kandungan podcast langgar batas undang-undang boleh diambil tindakan - Fahmi
Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sebarang kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan pengendali audio siar atau podcast.
Kerajaan kaji penurunan caj jalur lebar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membincangkan penurunan caj perkhidmatan langganan jalur lebar.