PUTRAJAYA: Kementerian Digital dibentuk untuk menerajui usaha transformasi digital supaya negara tidak ketinggalan dan dapat bersaing pantas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kementerian khas itu, yang wujud susulan rombakan Kabinet pada bulan lepas, dibentuk kerana memikirkan Malaysia tidak mampu bersaing dengan pantas mengikut tahap kelajuan yang dicapai oleh negara tanpa memberi fokus dalam bidang digital.
"Program digital harus dilakukan dengan lebih drastik, agresif daripada yang dahulu, kalau tidak, kita akan ketinggalan," katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Beliau berkata dalam keghairahan memacu pertumbuhan ekonomi, digital, meningkat mutu pendidikan dan kesihatan; soal nilai kemanusiaan, keadilan dan akhlak yang baik tidak harus ditinggalkan.
"Digital itu melibatkan soal nilai. Ia satu prakasa baharu yang menekan soal teknologi baharu, tetapi kita mesti mengakar ke bumi. Kita ada sistem keyakinan dan nilai kita. Hal ini harus kita dekati," katanya.
Dalam soal pendidikan, katanya penguasaan bahasa Melayu harus lebih baik, namun peningkatan penguasaan bahasa Inggeris juga harus diberi keutamaan.
Sementara itu Anwar berkata segala langkah bagi mendukung usaha kerajaan harus merentasi kementerian dan jabatan sama, ada dalam soal undang-undang, pendidikan dan kesihatan.
"Janganlah fikir langkah lama - ini jabatan saya, kementerian saya (sebaliknya) mesti merentasi kementerian. Kalau undang-undang, ia melibatkan semua; kalau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia melibatkan semua, kalau tidak ia hanya jadi satu cabang kementerian agama yang tiada kaitan dengan lain," katanya.
"Mudah-mudahan dengan pendekatan ini dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk melanjutkan beberapa acara reform penjawat awam, kita dapat maju kedepan di tahun 2024 di tahap yang lebih cemerlang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Empat individu cemas, rumah kedai terbakar di Kajang
Empat individu termasuk dua wanita dan dua lelaki terselamat dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, awal pagi Ahad.
Udit Narayan galak penyanyi bakat baharu Malaysia kekal dedikasi dan kerja keras
Malaysia, pada pandangan Udit, menghargai dunia muzik serta penyanyi-penyanyi berbakat.
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Ah Ma House gamit nostalgia pengunjung
Diinspirasi daripada rumah nenek Ng, Ah Ma House bukan setakat kedai biasa menjual barangan klasik dan makanan ringan popular era 80-90an.
PM Anwar ke Korea untuk lawatan rasmi
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza penghinaan terhadap kemanusiaan - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan 'sekatan tegas' ke atas Israel.
AWANI Pagi: Perubahan Iklim: Cerita Pesawah Pendang di COP29
Ikuti temubual Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang berada di Baku, Azerbaijan yang sempat menemubual beberapa pesawah Malaysia yang mengikuti COP29.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia teguh kerana sifat tolak ansur, muliakan satu sama lain - PM Anwar
Malaysia kekal teguh sehingga kini kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Malaysia, Vietnam sepakat perkasa pelbagai bidang termasuk Grid Kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usahasama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.