KOTA BHARU: Atirah Iwani Ibeni Yanin dan Adryana Iwani Husin, kembar seiras yang kisah mereka menggemparkan negara apabila seorang daripada mereka tertukar dengan bayi lain 20 tahun lalu, menerima perkhabaran gembira apabila impian mereka membetulkan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan diri terlaksana.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan Atirah Iwani (nama lama Noratirah Binti Husin) dan kembarnya, Adryana Iwani (nama lama Adryana Iwani Binti Ibeni Yanin) berdasarkan keputusan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Bercakap kepada Bernama, Atirah Iwani berkata tiada kata yang mampu diucapkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pemohonan dibuat dua bulan lepas bagi membetulkan maklumat dalam sijil kelahiran selepas ujian DNA disahkan Oktober lepas, diluluskan oleh JPN pada 1 Nov.
Menurut Atirah Iwani dengan dokumen pengenalan diri yang baharu ini identiti sebenar beliau tidak lagi menjadi tanda tanya masyarakat, yang sebelum ini sering mempersoalkan rupa paras beliau tidak sama dengan 'keluarganya'.
"Nama saya dalam kad pengenalan ada sedikit perubahan, namun saya masih mengekalkan nama Atirah kerana ia pemberian arwah 'ayah' Husin Omar.
BACA: Kembar seiras tertukar: HRPZ II teliti dokumen, kesan petugas kesihatan terlibat
BACA: Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun
"Kad pengenalan diri dengan maklumat baharu ini bukan sahaja memudahkan saya melakukan urusan penting, malah memberi keyakinan kepada saya untuk membawa identiti sebenar selepas 20 tahun bersama keluarga yang berbeza," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan negeri, di sini, hari ini.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Saadon Othman.
Bernama pada Jun lepas melaporkan tentang dua keluarga yang mengharungi kisah tragis apabila tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar, tertukar selepas dilahirkan 20 tahun lepas dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu.
Mengulas lanjut, Atirah berkata walaupun memilih untuk tinggal bersama 'keluarganya' di Pantai Kundor, di sini, hubungan kekeluargaan bersama keluarga kandung tidak pernah putus dan diabaikan.
"Memandangkan saya masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kota Bharu, jadi hanya apabila ada waktu lapang sahaja saya pulang menjenguk ibu kandung, Siti Aminah Mohd Ismail dan kembar saya, Adryani Iwani.
"Apabila berjumpa, banyak perkara yang kami lakukan bersama selain berkongsi cerita kisah hidup masing-masing selama 20 tahun lalu," katanya.
Sementara itu, bagi Adryani Iwani beliau tidak pernah menganggap Adryana Iwani sebagai 'orang luar' walaupun kini mengetahui mereka tiada pertalian darah, malah hubungan masih berjalan seperti biasa.
"Kami tidak pernah sisihkan Adryana dan hubungan ini akan kekal selama-lamanya. Ibu saya juga sudah anggap beliau seperti anak sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPN Datuk Saadon Othman berkata permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dengan memasukkan maklumat ibu dan bapa kandung telah diluluskan oleh JPN Kelantan berdasarkan keputusan DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia.
"Kes seumpama ini amat terpencil dan jarang berlaku di negara ini, namun saya menyeru kepada orang awam supaya melaporkan segera kepada JPN sekiranya berlaku pemalsuan sijil kelahiran kerana tindakan memalsu dan mengubah suai sijil kelahiran menyalahi Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, (tengah) bersama pasangan kembarnya Atirah Ibeni Yanin, 20, (kanan) dan Adryana Iwani Husin, 20, ketika ditemui Bernama selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan Negeri hari ini. - BERNAMA
xAI raih suntikan dana baharu AS$6 bilion, Grok-3 dalam pembangunan
xAI sedang menguji aplikasi Grok untuk iPhone dan membangunkan Grok 3, kini dalam fasa latihan.
Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan penderaan seksual kanak-kanak ditahan
Polis menahan 13 lelaki secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian.
Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Bonus ASB 2024 catat lebih tinggi dari jangkaan
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai, pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan kemampuan pengurus dana ASB dalam memilih pelaburan yang tepat, tetapi juga memperlihatkan kepakaran mereka dalam menguruskan dana dengan cekap dan berkesan.
Doktor pelatih alami tekanan, siapa perlu pantau?
Pengarah hospital disarankan melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital, terutamanya apabila terdapat aduan mengenai masalah penyeliaan yang berlaku di antara doktor pakar dan doktor pelatih.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional
Menurut pakar ekonomi, langkah itu antara lain mampu membantu kerajaan menangani isu kenaikan caj perubatan fasiliti kesihatan swasta dan peningkatan kadar premium insurans kesihatan.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
Kembar seiras capai impian menjadi doktor perubatan
Sepasang kembar seiras berjaya mencapai impian menjadi doktor perubatan selepas kedua-duanya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Pasangan kembar seiras curi tumpuan dengan gaya ekspresif di pusat mengundi
Kembar berusia 22 tahun itu memilih pakaian yang ceria untuk mengekspresikan semangat dan hasrat mereka yang pertama kali mengundi.
Kembar tertukar, miliki kad pengenalan diri baharu - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan mereka berdasarkan keputusan laporan ujian DNA.
Kembar seiras tertukar: HRPZ II teliti dokumen, kesan petugas kesihatan terlibat
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan bertukar.
Tiga pasang kembar seiras curi tumpuan hari pertama sekolah
Tiga pasangan kembar seiras mencuri tumpuan pada hari pertama persekolahan di SK Silibin di Ipoh, Perak hari ini.
Taktik samun kembar seiras pakai jubah, purdah gagal
Berpurdah dan berjubah wanita. Itu modus operandi sepasang kembar lelaki seiras bagi merompak dua kedai emas di Kemaman, Terengganu.