Polis telah mengambil keterangan 11 individu dalam siasatan berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu timbalan perdana menteri, susulan rawatan gigi di Bangsar, minggu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dua doktor klinik gigi yang merawat allahyarham antara individu yang diambil keterangan semalam.
"Polis turut ambil keterangan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan kakitangan klinik. Buat masa ini, tiada individu ditahan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata polis akan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini untuk tindakan lanjut.
Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu lepas untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.
Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia.
Pada Jumaat lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian Syed Alman Zain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, kata Amar Singh.
Bernama
Tue Jun 07 2016
![Kematian menantu TPM: Polis ambil keterangan 11 individu Kematian menantu TPM: Polis ambil keterangan 11 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41464839594_SyedAlmanZainSyed.jpg)
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu lepas untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Mayat lelaki ditemukan terapung di sungai berdekatan LRT Sentul Mayat lelaki ditemukan terapung di sungai berdekatan LRT Sentul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547479893_MayatLelaki.jpg)
Mayat lelaki ditemukan terapung di sungai berdekatan LRT Sentul
Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di sungai berdekatan Stesen Aliran Ringan (LRT) Sentul, di sini, pada Isnin.
![Lelaki hempuk remaja dengan pemadam api di pusat komputer ditahan Lelaki hempuk remaja dengan pemadam api di pusat komputer ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460175272_gaduh.jpg)
Lelaki hempuk remaja dengan pemadam api di pusat komputer ditahan
Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang remaja lelaki di pusat komputer Khamis lepas ditahan sekitar Lembah Klang, di sini, semalam.
![Kematian menantu TPM: Polis ambil keterangan 11 individu Kematian menantu TPM: Polis ambil keterangan 11 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41464839594_SyedAlmanZainSyed.jpg)
Kematian menantu TPM: Polis ambil keterangan 11 individu
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dua doktor klinik gigi yang merawat allahyarham antara individu yang diambil keterangan semalam.