KUCHING: Kemasukan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di bawah Kementerian Komunikasi akan memperkukuhkan lagi usaha kementerian untuk mempromosikan inisiatif kerajaan dan memerangi salah maklumat.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata inisiatif yang baik seperti Skim Perubatan MADANI perlu dipromosikan lagi supaya rakyat mendapat manfaat daripada skim itu.
"(Di bawah skim ini) kami telah menyediakan lebih satu juta rawatan percuma untuk penyakit kecil kepada pesakit dan ini adalah kisah kejayaan, tetapi saya percaya masih ada di luar sana yang tidak tahu mengenai inisiatif itu.
"Kami juga ingin membantu kementerian lain untuk mempromosikan semua program dan inisiatif mereka supaya lebih ramai sedar dan mendapat manfaat daripadanya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi perjumpaan bersama Ketua Jabatan Kementerian Komunikasi Sarawak di sini, hari ini.
Pada 13 Dis lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata J-KOM, yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi.
Teo berkata komunikasi yang cekap dan berkesan penting, bukan sahaja untuk menyebarkan inisiatif baharu tetapi juga dalam bertindak balas terhadap isu-isu tertentu.
Beliau berkata, kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai kenyataan atau maklumat yang mengelirukan dengan berkesan dan tidak seharusnya membiarkan isu-isu tertentu berlarutan tanpa ditangani selama beberapa hari.
"Pada masa sama kita perlu menggunakan agensi kita seperti JaPen (Jabatan Penerangan), RTM dan Bernama untuk menyebarkan penjelasan secara berkesan supaya isu-isu berkenaan dapat ditangani," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berswafoto ketika menghadiri sesi Libat Urus bersama agensi-agensi Kementerian Komunikasi di Sarawak hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.

Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-KOM selepas 6 bulan
Namun, Mohd Khairuddin tidak mengulas lanjut mengenai sebab penamatan ataupun tarikh rasmi penamatan jawatannya.

Individu hina institusi Diraja dikenal pasti, lebih 20 kertas siasatan lampau - Fahmi
MCMC telah mengenal pasti individu, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi Diraja, khususnya institusi Diraja Selangor.

Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula - Fahmi
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.

J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.

Kemasukan J-KOM perkukuh usaha kementerian sebar inisiatif kerajaan, perangi maklumat salah - Teo
Kemasukan J-KOM di bawah Kementerian Komunikasi akan memperkukuhkan lagi usaha kementerian untuk mempromosikan inisiatif kerajaan dan memerangi salah maklumat.

Agus selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kajang
Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Khamis.

J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.

Identiti sebenar 'Mr H' didedah kepada umum esok?
Identiti sebenar 'Mr H' dijangka didedahkan kepada umum esok.

Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.