Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemasukan Australia di dalam Koridor Pertumbuhan yang baharu yang menghubungkan China ke negara-negara di Asia dan Timur Tengah akan memacu pertumbuhan dan kemakmuran global.
Katanya kemasukan Australia akan menyatukan sesetengah ekonomi paling kukuh di dunia.
"Dalam perutusan saya kepada Forum Ekonomi China Dunia (WCEF) yang lepas, saya menyifatkan Koridor Ekonomi Baharu yang berkembang pesat sebagai yang menghubungkan China melalui Asia Tenggara dan India ke Timur Tengah.
"Tahun ini, adalah khusus dan relevan dengan kemasukan Australia," katanya dalam perutusannya kepada Forum Ekonomi China Dunia ke-empat yang akan diadakan di sini pada 12 dan 13 Nov.
Najib berkata, HSBC Bank baru-baru ini mengunjurkan bahawa menjelang 2050, 10 daripada ekonomi terbesar di dunia akan terletak di rantau ini -- China, India, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Australia, Malaysia, Thailand dan Pakistan.
"Sehubungan itu, akan wujud peluang yang besar bagi dijalin kerjasama serantau dan kerjasama perniagaan di dalam Laluan Sutera Yang Baharu ini," kata Najib.
Katanya kerajaan Malaysia menyokong WCEF "sebagai satu inisiatif yang dipacu sektor swasta dan yang diketuai perniagaan bagi meningkatkan integrasi dan kerjasama ekonomi dan bagi menjalin ikatan strategik antara golongan perniagaan di rantau ini."
Najib mengucapkan tahniah kepada Institut Strategik dan Kepimpinan Asia(Asli) kerana menganjurkan forum itu dan menyampaikan jemputan kepada kesemua delegasi ke WCEF akan datang yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada November tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Pengerusi Pertama Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China Dr Zhang Wei akan menyampaikan ucaptama di forum itu pada bulan depan.
Forum di Pusat Konvensyen Melbourne itu akan menampilkan 57 penceramah terkemuka dari 15 negara.' Lebih 300 delegasi dijangka hadir.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Asli Tan Sri Dr Michael Yeoh dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Strategi dan Program Asli Ng Yeen Seen berada di Melbourne pada minggu lepas untuk melihat persediaan forum itu, yang telah menjana minat yang besar di kalangan rakyat Australia dan kerajaan negeri serta komuniti perniagaan.
Ucapan alu-aluan akan disampaikan oleh bekas Gabenor-Jeneral Australia dan Pengerusi Global Foundation, Mej-Jen Michael Jeffrey dan Gabenor Negeri Victoria Alex Chernov.
Menteri Perdagangan Australia Dr Craig Emerson; Pengerusi Pasukan Petugas Khas "Australia in the Asian Century", Dr Ken Henry dan naib Canselor Monash University Prof Edward Byrne adalah antara penceramah terkemuka dari Australia.
Bernama
Wed Oct 24 2012
![Kemasukan Australia ke Koridor serantau dialu Kemasukan Australia ke Koridor serantau dialu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/61351051944_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721030848_tbKingCharlesandQ.jpg)
Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.
![Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720783145_Handcuffedwomen.jpg)
Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip
Sepasang suami isteri warga Australia kelahiran Rusia telah ditahan di Australia atas tuduhan mengintip untuk Rusia, kata Polis Persekutuan Australia (AFP) pada Jumaat, lapor Sputnik.
![Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720421188_Australiaimposesni.jpg)
Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia
Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719203141_tbBatikAirKapalT.jpg)
Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum
ATSB telah membuka siasatan terhadap pesawat Boeing 737-800 Batik Air Indonesia yang disyaki terbang di bawah altitud minimum.
![Penyelidik di Australia temukan kaitan antara dengkur dan tekanan darah tinggi Penyelidik di Australia temukan kaitan antara dengkur dan tekanan darah tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/61522233523_Dengkur.jpg)
Penyelidik di Australia temukan kaitan antara dengkur dan tekanan darah tinggi
Menurut kajian, individu yang kerap berdengkur pada waktu malam lebih cenderung mempunyai tekanan darah tinggi dan hipertensi tidak terkawal.
![Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718365350_Itik.jpg)
Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia
Pihak berkuasa tempatan di negeri Victoria, Australia melaporkan bahawa virus selesema burung telah dikesan di ladang keenam, yang sudah dalam kuarantin.
![Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716351157_TBbbc.jpg)
Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun
Festival itu mengumpulkan semua restoran di kawasan Darwin yang bakal bersaing untuk mendapat gelaran Laksa Serantau Terbaik.
![Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713483011_TBASIAB.jpg)
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
![Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming' Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713190553_Stab.jpg)
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.