SELEPAS marah akibat diajak melakukan hubungan seks 'tiga serangkai' (threesome), seorang isteri telah menikam alat sulit teman wanita suaminya dengan sebilah pisau.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9 malam Ahad, mangsa yang berusia 34 tahun itu ditikam ketika berada dalam bilik tidur.
Insiden tersebut berlaku apabila suspek yang berusia 46 tahun mendapati suaminya, 28, seorang kelindan lori mempunyai hubungan sulit dengan seorang mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, suspek telah berpura-pura kononnya memberi kebenaran kepada suaminya untuk membawa perempuan simpanannya pulang ke rumah.
Kata Stanley, sebaik kekasih gelap suaminya itu tiba di rumah, ketiga-tiga mereka berbual mesra sambil lelaki itu meminum arak.
“Mereka bertiga kemudian bersetuju untuk melakukan ‘threesome’ (hubungan seks bertiga) di dalam bilik yang hanya diterangi cahaya daripada televisyen sahaja,” katanya seperti dilapor Utusan Borneo.
Tidak lama kemudian, suspek keluar dari bilik dengan alasan mahu membuang air kecil.
Ketiadaan isterinya menyebabkan si suami mengambil peluang untuk melakukan hubungan seks dengan kekasihnya.
Namun, lelaki berkenaan berhenti daripada melakukannya kerana berasa tidak sedap hati lebih-lebih lagi selepas kekasihnya mengerang kesakitan.
“Mangsa mengerang sakit dan memberitahu suami suspek dia telah ditikam. Dalam masa yang sama, si suami nampak isterinya keluar dari bilik dan melarikan diri,” kata Stanley lagi dalam kenyataan.
Sejurus menyedari isterinya kelam-kabut melarikan diri, si suami segera keluar dan meminta bantuan abangnya yang berada di dapur untuk mengejar suspek.
Suspek akhirnya ditahan tidak jauh dari rumahnya sekitar pukul 9.30 malam.
Sementara itu, mangsa yang cedera ditikam dikejarkan ke hospital.
Hasil siasatan awal polis mendapati, punca kejadian dipercayai dendam dan cemburu.
“Suspek berasa panas hati dari mula lagi ketika si suami membawa mangsa datang ke bilik sewa mereka. Motif dipercayai dendam dan cemburu,” katanya.
Mangsa kini sedang menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Astro Awani
Mon Mar 25 2019
Hasil siasatan awal polis mendapati, punca kejadian dipercayai dendam dan cemburu. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Wanita tikam kekasih ketika lakukan hubungan seks ada rekod dadah - Polis
Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula Rabu sehingga 9 April ini.
Lelaki maut ditikam kekasih ketika lakukan hubungan seks
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam seorang lelaki menggunakan sebilah pisau pemotong sayur semasa melakukan hubungan seks di Kuala Krai.
Ustaz didenda perdaya 2 wanita dengan tawaran pinjaman wang untuk habuan seks
Seorang guru maahad tahfiz didenda RM12,000 atas pertuduhan memperdaya dua wanita dengan tawaran pinjaman wang sehingga mendorang mangsa melakukan hubungan seks.
Tukang urut tak mengaku lakukan seks tanpa kebenaran
Tertuduh didapati melakukan perhubungan seks dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang gadis berusia 21 tahun tanpa kebenaran.
Lelaki dipenjara 8 bulan ugut tikam isteri, paksa lakukan hubungan seks
Tertuduh juga memaksa isterinya ambil dadah jenis syabu.
Berang 15 hari tidak 'dilayan', lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan
Suspek menembak isterinya dipercayai kerana "enggan berhubungan intim dengannya secara fizikal" sejak 15 hari lalu.
Model Serbia dakwa ditawar AS$70,000, rakam jalin seks dengan Novak Djokovic
Sewaktu pertemuan tersebut lelaki itu telah menawarkannya AS$70,000 untuk menggoda Djokovic atas niat menjejaskan perkahwinanya.
Kanser pangkal rahim ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita muda
Wanita muda lebih berisiko mendapat kanser tersebut iaitu mereka yang berusia antara 29 ke 45 tahun.
Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi
Wanita berusia 22 tahun ditahan di rumahnya di Seri Iskandar selepas polis terima maklumat berkaitan kes menyembunyikan kelahiran dan bau kurang menyenangkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu.
Rogol nenek umur 72 tahun atas alasan lama tidak lakukan seks
Menjadikan alasan lama tidak melakukan hubungan seks, seorang lelaki tergamak merogol nenek berusia 72 tahun dalam kejadian di Tamparuli, Tuaran.