SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan yang juga pemandu treler ditahan polis susulan kemalangan melibatkan tiga kenderaan menyebabkan dua pelancong asing maut serta lima lagi parah, dalam kejadian di KM21 Jalan Semporna-Tawau dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pemandu treler berusia 29 tahun itu, ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kemalangan antara treler dipandunya, van pelancongan serta sebuah lori lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh minima lima tahun dan maksima 10 tahun, serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 jika sabit kesalahan, katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Farhan berkata kemalangan pada 3.30 petang itu dipercayai berlaku, selepas treler tersebut hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan, melanggar van yang membawa enam pelancong Singapura serta Vietnam.
"Akibat pelanggaran dua kenderaan ini, serpihan kemalangan terbang ke cermin lori yang berada di belakang treler, dan kemalangan ini mengakibatkan seorang lelaki Singapura serta seorang wanita Vietnam yang menaiki van pelancongan itu, meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Farhan berkata pemandu van iaitu lelaki tempatan serta empat penumpang van warga Singapura cedera parah dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata individu yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Insp Hemkkumar Ayathuray di talian 012-3650021 atau talian balai polis 089-782020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024

Seorang lelaki tempatan ditahan polis susulan kemalangan maut melibatkan pelancong asing di KM21 Jalan Semporna-Tawau dekat Semporna, semalam. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kemalangan maut di Semporna: Pemandu treler ditahan
Pemandu berusia 29 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kemalangan antara treler dipandunya, van pelancongan dan lori lain.

Pemandu buat pusingan U sebabkan nahas dua remaja maut ditahan, treler dirampas
Polis berjaya menahan pemandu treler yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan dua remaja perempuan maut dalam nahas, di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.