KUALA LUMPUR: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin lepas menandakan satu permulaan baharu bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam agenda transformasinya.
Ketua Pegawai Eksekutif LTAT Datuk Ahmad Nazim berkata langkah itu akan membolehkan agensi tersebut melakukan transformasi ke arah menjadi sebuah dana persaraan yang kompetitif dan mampan serta berupaya memelihara kedudukan sosioekonomi kepada hampir 120,000 warga Angkatan Tentera Malaysia.
"Kelulusan yang diperoleh di Dewan Rakyat merupakan satu detik bersejarah sempena ulang tahun LTAT yang ke-50 sejak penubuhannya pada tahun 1972.
"Pindaan ini menambah baik dan memperkukuh empat aspek penting kepada anggota tentera dan juga LTAT iaitu melindungi wang caruman anggota tentera melalui jaminan kerajaan yang diperkenal sebagai cadangan pindaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Meskipun ia turut diwujudkan bagi memperkukuh tadbir urus korporat LTAT dengan menambahkan lagi kepakaran yang berpengalaman dan berkelayakan, Ahmad berkata pindaan itu akan membantu meningkatkan perlindungan sekuriti sosial dengan pencarum dibenarkan mencarum tanpa had, diberi fleksibiliti pengeluaran dan mereka juga boleh memilih untuk mengekalkan caruman selepas menamatkan perkhidmatan.
"Ia juga membolehkan penyusunan semula portfolio pelaburan LTAT bagi memastikan LTAT dapat terus membayar dividen di tahap yang kompetitif dan mampan seperti dana-dana persaraan lain," katanya.
Ahmad turut memanjangkan penghargaan Ahli Lembaga Pengarah serta barisan pengurusan LTAT kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas sokongan penuh beliau terhadap pindaan itu serta setiap Ahli Dewan Rakyat yang menyertai perbahasan dan menyokong kelulusan rang undang-undang ini.
Rang undang-undang itu, yang mengandungi 12 perkara, telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan diluluskan di Dewan Rakyat selepas dibahaskan oleh 15 Ahli Parlimen.
Semasa menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Ikmal Hisham berkata fokus utama pindaaan ialah memastikan caruman dalam dana itu adalah terjamin, selamat dan terpelihara.
Rang undang-undang itu akan dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan sebelum memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi sebahagian daripada RUU Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Ahmad Nazim berkata langkah itu akan membolehkan agensi tersebut melakukan transformasi ke arah menjadi sebuah dana persaraan yang kompetitif dan mampan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kelulusan RUU Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 permulaan baharu transformasi LTAT
Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin lepas menandakan satu permulaan baharu bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).