KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 (AGS 2021) yang diluluskan Dewan Rakyat semalam akan menolak kenyataan kononnya perbuatan tersebut suatu perkara kecil atau gurauan semata-mata.
Pensyarah Kanan Rancangan Pengajian Gender Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr Lai Suat Yan berkata, ia sekali gus membolehkan satu tindakan dikenakan ke atas mereka yang bersalah melakukan kesalahan itu.
"Saya memang betul-betul sangat gembira apabila mendapat berita ia telah diluluskan, terutama kerana sudah sekian lama kita memperjuangkannya.
"Kepentingan undang-undang tersebut menidakkan wacana bahawa gangguan seksual adalah satu gurauan semata-mata, suatu yang kecil dan tidak serius, atau kebiasaan.
"Apabila ia diluluskan, ia menyampaikan mesej bahawa gangguan seksual itu adalah suatu yang tidak seharusnya kita terima, sebaliknya tindakan boleh dikenakan kepada mereka yang mengganggu secara seksual.
"Maka dengan RUU tersebut, kita sudah mempunyai satu kerangka dengan prosedur yang sistematik untuk mengendalikan kes gangguan seksual secara piawai, bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga di institusi pengajian awam atau di tempat awam," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
BACA: Dewan Rakyat lulus RUU Antigangguan Seksual selepas 10 tahun dirangka
Dalam pada itu, Lai menyifatkan perubahan kepada minda yang peka gender adalah cabaran utama dalam pelaksanaan RUU Antigangguan Seksual 2021.
Malah, katanya, pelantikan ahli Tribunal bagi RUU Antigangguan Seksual kalangan wanita, tidak memberi 100 peratus jaminan ia peka gender.
"Cabaran utama ialah dari segi minda, iaitu mempunyai minda yang peka gender. Kalau kita lihat dalam peruntukan undang-undang, ia telah berusaha ke arah tersebut.
"Antara lain, saya petik, dari segi peruntukan dalam RUU, di mana ada dinyatakan bahawa ahli tribunal haruslah mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman praktikal dalam perkara melibatkan gangguan seksual.
"Dan sekurang-kurangnya seorang harus terdiri daripada wanita, supaya sudut pandang wanita juga diambil kira. Namun, ia bukan jaminan bahawa ia adalah peka gender. Ia tidak menjamin itu 100 peratus," jelasnya.
Rahimah Abdullah
Fri Jul 22 2022

Apabila ia diluluskan, ia menyampaikan mesej bahawa gangguan seksual itu adalah suatu yang tidak seharusnya kita terima, sebaliknya tindakan boleh dikenakan kepada mereka yang mengganggu secara seksual, kata Dr Lai Suat Yan. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kelulusan RUU AGS 2021 tolak anggapan gangguan seksual 'gurauan semata-mata'
Ia sekali gus membolehkan satu tindakan dikenakan ke atas mereka yang bersalah melakukan kesalahan itu.