PENDANG: Sanggup keluarkan duit poket untuk beli enjin dan bot demi membantu mangsa banjir.
Sikap anak muda dari Kampung Alor Ali di sini, memang harus dipuji kerana sanggup menjadi sukarelawan semata-mata untuk membantu memindahkan mangsa banjir.
Mohd Hazwan Ahmad Fuzi, 29, berkata, dia mengeluarkan belanja sebanyak RM2,000 untuk mendapakan bot fiber setahun lalu sementara enjin yang menelan kos RM1,500 pula dibeli tahun ini.
Hasrat murni jurukimpal ini hanya satu untuk membantu memudahkan kerja pasukan penyelamat kerana dia yang juga penduduk asal di situ lebih arif dengan laluan di kampung berkenaan.
"Saya tolong pindahkan penduduk yang terperangkap dalam banjir ke tempat selamat hanya sukarela dan tidak meminta bayaran kerana yang penting selamatkan nyawa dan harta benda dulu.
"Kalau hujan lebat saja saya buat persediaan dan tolong mana-mana penduduk yang hampir dengan sungai kerana bimbang air akan naik tinggi," katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.
Menurut Mohd Hazwan, paras air banjir kali ini agak tinggi dan sudah lebih seminggu penduduk di kampung terjejas ekoran bencana itu.
Katanya, sejumlah penduduk sudah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah manakala sebahagian lagi menumpang di rumah saudara yang berhampiran.
"Tapi ada juga yang minta saya tolong hantarkan ke rumah yang masih ditenggelami air untuk mengambil barangan atau dokumen penting selain hendak melihat keadaan rumah mereka, saya tolong saja.
"Namun, saya perlu berhati-hati kerana paras air hampir sama dengan paras sungai selain bahaya yang kita tidak nampak seperti tunggul kayu atau bahagian dalam dan bimbang untuk turun sekiranya bot tersangkut," kata Mohd Hazwan lagi.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, sikap tanggungjawab dan keprihatinan yang ditunjukkan Mohd Hazwan sangat dipuji.
Bahkan, kata Yuslina, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai orang awam membantu agensi kerajaan terutama dalam kerja penyelamatan dan pemindahan mangsa banjir.
Katanya, nyawa penduduk lebih utama untuk diselamatkan sebelum anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Oct 29 2021
Mohd Hazwan Ahmad Fuzi membelanjakan RM3,500 untuk memperoleh sebuah bot fiber bagi kegunaan membantu memindahkan penduduk kampung semasa banjir. - Gambar Astro AWANI
SDG: Peranan panel sains perlu disokong kerajaan, masyarakat awam
Sebarang keputusan atau pelaksanaan perlu dilakukan secara kolaboratif oleh negara, kerajaan, dan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk ahli akademik, komuniti orang asli, komuniti tempatan, sektor swasta dan orang awam.
Pasaran kerja: Rangka kerja strategi atasi cabaran AI - Steven
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu lebih mudah diakses, berpatutan dan berasaskan kemahiran, selain perlu diangkat menjadi satu sistem pendidikan berkelas satu dengan kerjasama pemain industri.
Memanfaatkan peluang sebagai pengerusi ASEAN pacu industri halal
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bertekad mengetengahkan industri halal sebagai standard global, menerusi inisiatif seperti ASEAN Mall dan seminar antarabangsa, memperkukuh kedudukan negara dalam pasaran halal.
Johari Abdul jelajah negara ASEAN, persediaan jadi tuan rumah AIPA
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan memulakan jejalah rasmi ke negara-negara anggota ASEAN pada Rabu.
Kerjasama erat, pembiayaan mampan diperlukan dalam ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn menyeru kerjasama lebih erat dan pembiayaan mampan bagi menangani kerumitan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Pantau Agenda Reformasi: Dasar wajibkan pendidikan sekolah menengah
Prof Dr Shahabuddin Hashim, Pakar Psikologi Pendidikan dan Personaliti USM
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
Kerugian akibat kebakaran di California meningkat kepada AS$275 bilion
Kebakaran hutan yang tercetus sejak 7 Januari telah memaksa puluhan ribu orang berpindah, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa, dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan.
UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
UiTM menafikan dakwaan bahawa universiti itu memaksa mahasiswa bukan Islam menyertai program berkaitan Islam pada Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 pada 11 Jan lepas.
TM jangka rangkaian 5G kedua tingkatkan pertumbuhan hasil syarikat, kata CGSI Research
Telekom Malaysia Bhd (TM) menjangka pelaksanaan rangkaian 5G kedua di negara ini akan menyumbang kepada pertumbuhan hasilnya.
Firma penyelidikan, CGS International Research berkata, peningkatan sambungan stesen pangkalan 5G serta pendigitalan yang lebih meluas dijangka mendorong hasil data bukan runcit TM pada kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak 7 peratus.
Firma penyelidikan, CGS International Research berkata, peningkatan sambungan stesen pangkalan 5G serta pendigitalan yang lebih meluas dijangka mendorong hasil data bukan runcit TM pada kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak 7 peratus.
Keluarkan duit sendiri beli bot bantu mangsa banjir
Mohd Hazwan membelanjakan RM3,500 untuk memperoleh sebuah bot fiber bagi kegunaan membantu memindahkan penduduk kampung semasa banjir.