Anak wanita orang kurang upaya (OKU) penglihatan penjual tisu yang tular di media sosial, kini sudah kembali belajar selepas sebelum ini tidak ke kelas akibat tertekan.
Presiden Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (PERKUM), Noor Hazira Mohd Noor berkata setelah mengadakan pertemuan selama seminggu dengan wanita berkenaan dan anak-anaknya, Noraslinda Rajoni, 42, juga telah kembali menjalankan rutin harian sebagai penjual tisu.
"Setelah pertemuan secara berterusan, anaknya yang belajar di sebuah kolej di Damansara juga telah mula pergi ke kelas setelah sebelum ini malu untuk berbuat demikian akibat tular berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis perasmian Dewan Tengku Abdul Aziz di pejabat PERKUM di sini, oleh Penaung Diraja PERKUM, Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar, hari ini.
Nor Hazira berkata walaupun Noraslinda masih lagi menerima pandangan sinis daripada orang ramai, wanita itu tekad meneruskan aktiviti tersebut kerana ia merupakan mata pencariannya bagi menyara keluarga.
Sebelum ini, video Noraslinda mendepositkan sejumlah wang dalam sebuah bank menjadi tular di media sosial selepas didakwa hanya berpura-pura sebagai OKU penglihatan dan menjual tisu di sekitar bandaraya Johor Bahru.
Noraslinda kemudian tampil membuat kenyataan menjelaskan keadaan sebenar bahawa beliau memang merupakan OKU penglihatan dan wang yang disimpan adalah milik rakan-rakan OKU yang lain.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim kemudian turut mengeluarkan kenyataan bahawa Noraslinda adalah OKU rabun teruk dan pemegang kad OKU yang sah.
Sementara itu, Nor Hazira berkata PERKUM menyasarkan seramai 240 OKU penglihatan ditauliah dengan Sijil Kemahiran Malaysia setiap tahun sebagai pengamal refleksologi dan terapi badan apabila pertubuhan berkenaan memulakan kursus tersebut bulan depan.
Katanya, program dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran itu menumpukan kepada anggota PERKUM yang telah mempunyai kemahiran tetapi belum mendapat pengiktirafan rasmi.
"Ini bagi memberi keyakinan kepada pelanggan yang mahu mendapat perkhidmatan refleksologi dari OKU penglihatan, selain membantu OKU ini meningkatkan ekonomi mereka," katanya.
Beliau berkata setakat ini anggota PERKUM terdiri daripada OKU penglihatan yang berdaftar dengan JKM yang kini berjumlah kira-kira 28,000 seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017

Anak wanita OKU penglihatan penjual tisu yang tular di media sosial, kini sudah kembali belajar selepas sebelum ini tidak ke kelas akibat tertekan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keluarga wanita OKU tular jual tisu kembali jalani rutin hidup
Anak wanita orang kurang upaya (OKU) penglihatan penjual tisu yang tular di media sosial, kini sudah kembali belajar selepas sebelum ini tidak ke kelas akibat tertekan.