Pengantin perempuan yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.
Haslina Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.
Empat orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia di rumahnya di Sungai Petani.
"Saya tidak sangka boleh jadi begini," katanya kepada wartawan .
Haslina, 23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.
Katanya, beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.
Mereka juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.
Sementara itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.
"Saya sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa," katanya.
Apa yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.
Yusof turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada pagi Rabu.
Sementara itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.
Allahyarham meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.
Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.
Dalam pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.
Setakat ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada majlis kenduri kahwin itu.
Astro Awani
Wed Oct 02 2013
![Keluarga pengantin minta maaf, terkilan kenduri jadi tragedi Keluarga pengantin minta maaf, terkilan kenduri jadi tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/41380720447_295x200.jpg)
![AS akan usahakan gencatan senjata di Gaza walaupun Ismail Haniyeh sudah tiada - Blinken AS akan usahakan gencatan senjata di Gaza walaupun Ismail Haniyeh sudah tiada - Blinken](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714520567_AntonyBlinken.jpg)
AS akan usahakan gencatan senjata di Gaza walaupun Ismail Haniyeh sudah tiada - Blinken
Gencatan senjata di Gaza adalah keperluan mendesak dan AS akan terus berusaha ke arah itu setiap hari.
![Diplomat Iran beri amaran, Israel akan bayar harga yang mahal atas pembunuhan Ismail Haniyeh Diplomat Iran beri amaran, Israel akan bayar harga yang mahal atas pembunuhan Ismail Haniyeh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722466283_SeyedAbbasAraghchi.jpg)
Diplomat Iran beri amaran, Israel akan bayar "harga yang mahal" atas pembunuhan Ismail Haniyeh
"Rejim Israel akan gagal mencapai objektifnya untuk menyekat kerja kerajaan baharu di Iran," kata Abbas Araghchi.
![Olimpik Paris 2024: Kemaraan Tang Jie-Ee Wei terhenti di suku akhir Olimpik Paris 2024: Kemaraan Tang Jie-Ee Wei terhenti di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722464659_ChenTangJieTohE.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kemaraan Tang Jie-Ee Wei terhenti di suku akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ewas menentang gandingan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, dengan keputusan 19-21, 14-21.
![Bekas penyampai berita BBC Huw Edwards mengaku bersalah skandal gambar lucah kanak-kanak Bekas penyampai berita BBC Huw Edwards mengaku bersalah skandal gambar lucah kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722463593_HuwEdwards.jpg)
Bekas penyampai berita BBC Huw Edwards mengaku bersalah skandal gambar lucah kanak-kanak
Pendakwa raya Ian Hope berkata Edwards telah menghantar sebanyak 377 gambar seksual yang eksplisit di mana 41 melibatkan kanak-kanak.
![Olimpik Paris 2024: Popov kejutkan Ginting untuk jumpa Zii Jia Olimpik Paris 2024: Popov kejutkan Ginting untuk jumpa Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722459648_LeeZiiJia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Popov kejutkan Ginting untuk jumpa Zii Jia
Toma Junior Popov cipta kejutan besar dalam acara perseorangan lelaki untuk bertemu pemain profesional Malaysia, Lee Zii Jia, esok.
![Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadapi laluan berliku di suku akhir Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadapi laluan berliku di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722459598_AaronChiaSohWooiYi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadapi laluan berliku di suku akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal mengharungi laluan berliku di pentas suku akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila diundi menentang jaguh India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
![IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692090070_IJN.jpg)
IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia
Kemudahan canggih itu menggabungkan inovasi dari Jerman, Finland dan Belanda sekali gus menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada pesakit.
![Pertumbuhan positif, PMKS beralih ke tahap lebih tinggi - Ewon Pertumbuhan positif, PMKS beralih ke tahap lebih tinggi - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718706528_TBEwonBenedick.jpg)
Pertumbuhan positif, PMKS beralih ke tahap lebih tinggi - Ewon
Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia mula beralih ke tahap lebih tinggi apabila data pertumbuhan menunjukkan perkembangan positif.
![Singapura, AS tandatangani perjanjian kerjasama nuklear awam selama 30 tahun Singapura, AS tandatangani perjanjian kerjasama nuklear awam selama 30 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722439782_TBMASHSPOREUS.jpg)
Singapura, AS tandatangani perjanjian kerjasama nuklear awam selama 30 tahun
Perjanjian itu membolehkan kerjasama nuklear yang lebih mendalam, selaras dengan piawaian keselamatan, keselamatan, dan pengawalan antarabangsa tertinggi.
![SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721613134_tbSUKMASarawak.jpg)
SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.
![Tragedi kenduri kahwin: Ibu dan tiga anak maut, kereta bertembung di persimpangan lampu isyarat Tragedi kenduri kahwin: Ibu dan tiga anak maut, kereta bertembung di persimpangan lampu isyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643370039_TBMAUT.jpg)
Tragedi kenduri kahwin: Ibu dan tiga anak maut, kereta bertembung di persimpangan lampu isyarat
Ibu dan tiga anaknya yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis perkahwinan.
![Hadiri kenduri kahwin, 28 individu dijangkiti COVID-19 Hadiri kenduri kahwin, 28 individu dijangkiti COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633614210_Hadirikendurikahwi.jpg)
Hadiri kenduri kahwin, 28 individu dijangkiti COVID-19
Seramai 28 orang disahkan dijangkiti COVID-19 selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Orang Asli Langkap, Tanjung Ipoh di sini.
![COVID-19: Satu lagi kluster kenduri kahwin dikesan di Sabah COVID-19: Satu lagi kluster kenduri kahwin dikesan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617547978_swabtest.jpg)
COVID-19: Satu lagi kluster kenduri kahwin dikesan di Sabah
Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kluster yang dikenali sebagai Kluster Rich Park, di Tawau itu merekodkan 12 kes setakat ini.
![Majlis sosial punca kes COVID-19 kembali meningkat di Sabah Majlis sosial punca kes COVID-19 kembali meningkat di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51617123636_MasidiManjun.jpg)
Majlis sosial punca kes COVID-19 kembali meningkat di Sabah
Sebanyak 69 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah semalam berbanding 41 kes kelmarin, dengan dua lagi kluster baharu direkodkan.
![Rentas negeri: Mohon jika perlu, usah beri alasan remeh - Polis Rentas negeri: Mohon jika perlu, usah beri alasan remeh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602985200_TBRentasNegeri.jpg)
Rentas negeri: Mohon jika perlu, usah beri alasan remeh - Polis
Arifai berkata pihaknya akan mempertimbangkan permohonan rentas negeri yang membabitkan ahli keluarga yang sakit tenat dan alasan lain yang dianggap munasabah.
![PKPB Labuan: Perhimpunan ramai adalah dilarang - MKN Labuan PKPB Labuan: Perhimpunan ramai adalah dilarang - MKN Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584523692_MajlisKeselamatanN.jpg)
PKPB Labuan: Perhimpunan ramai adalah dilarang - MKN Labuan
Usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 kini memasuki gelombang ketiga, dengan sebanyak 92 kes positif direkodkan, setakat ini.
![Tangguh semua majlis akad nikah di Perak - Pengarah JAIPk Tangguh semua majlis akad nikah di Perak - Pengarah JAIPk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508919632_NikahGeneric.jpg)
Tangguh semua majlis akad nikah di Perak - Pengarah JAIPk
Semua Pegawai Tadbir Agama (PTA) perlu mengambil maklum mengenai arahan tersebut dan membuat tindakan lanjut mengikut daerah masing-masing.
![Singapura mahu 'kenduri kahwin Melayu' disenarai sebagai warisan budaya UNESCO Singapura mahu 'kenduri kahwin Melayu' disenarai sebagai warisan budaya UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523109887_WeddingServices.jpg)
Singapura mahu 'kenduri kahwin Melayu' disenarai sebagai warisan budaya UNESCO
Inventori itu menekankan kaedah ia diamalkan atau diekspresi di Singapura, iaitu menunjukkan bagaimana ia berevolusi dalam konteks tempatan.
![Pengantin minta maaf: Apa komen anda? Pengantin minta maaf: Apa komen anda?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/41380793669_295x200.jpg)
Pengantin minta maaf: Apa komen anda?
Ini reaksi anda kepada laporan permohonan maaf pengantin dan keluarga pengantin majlis perkahwinan yang bertukar tragedi di Sungai Petani, Kedah.
![Keluarga pengantin minta maaf, terkilan kenduri jadi tragedi Keluarga pengantin minta maaf, terkilan kenduri jadi tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/41380720447_295x200.jpg)
Keluarga pengantin minta maaf, terkilan kenduri jadi tragedi
Empat orang maut keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu.