Anggota keluarga mendiang T. Nhaveen menafikan pihaknya meminta sumbangan daripada orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp yang menjadi tular sejak berita kematian remaja lelaki itu petang semalam.
Bapa saudara mendiang, R. Thiyagarajan, 50, berkata pihaknya mengetahui mengenai penularan mesej meminta derma itu selepas dimaklumkan oleh pengamal media yang menunggu proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi.
"Kami tidak pernah meminta sebarang sumbangan daripada orang ramai mesej itu adalah palsu. Apa yang kami minta sekarang adalah keadilan untuk mendiang anak saudara saya," katanya ketika ditemui di jabatan itu, di sini malam tadi.
Mesej yang mengandungi nombor akaun bank CIMB menggunakan nama M. Shanmugam meminta orang ramai memberi derma berikutan kematian Nhaveen sebagai tanda penghormatan kepada keluarga mendiang.
Thiyagarajan berkata pihak keluarga telah melantik peguam Baljit Singh untuk menguruskan urusan undang-undang berhubung kes Nhaveen, 18.
"Kami tidak mahir hal undang-undang jadi kami serahkan kepada profesional untuk mewakili keluarga bagi tindakan seterusnya. Saya tak boleh komen lanjut," katanya.
Beliau berkata keluarga berharap polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat demi keadilan Nhaveen.
Dalam kejadian pada pukul 2.10 pagi Sabtu lepas, lima remaja berusia antara 16 dan 18 tahun dilapor memukul Nhaveen dan rakan baiknya T. Previin menggunakan topi keledar. Previin yang turut cedera dan kini dirawat di HPP bagaimanapun dapat melarikan diri ketika mereka dikatakan cuba diheret ke padang berdekatan.
Nhaveen yang mengalami kecederaan parah dilapor turut mengalami kesan koyak pada duburnya akibat ditusuk objek tumpul serta kesan terbakar di bahunya.
Susulan kejadian itu, polis menahan lima remaja termasuk dua pelajar tingkatan empat dan lima bagi membantu siasatan kes itu. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2017
Dalam kejadian pada pukul 2.10 pagi Sabtu lepas, lima remaja berusia antara 16 dan 18 tahun dilapor memukul Nhaveen dan rakan baiknya T. Previin menggunakan topi keledar. - Foto Astro AWANI
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Polis tahan bapa tiri disyaki rogol remaja 15 tahun
Perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum tampil membuat laporan polis.
Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Badoh
Mangsa bersama rakan dari Felda Palong datang ke sungai itu untuk mandi-manda, sebelum dia dilihat hanyut ke tengah sungai akibat arus deras.
Remaja perempuan warga China rentung dalam kebakaran di Miri
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Remaja lelaki maut ketika melintas jalan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.
Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya
Menurutnya setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian tersebut.
Pukul bekas penyelia kerana tidak puas hati sering ditegur
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang merupakan warga tempatan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang.
Remaja 17 tahun didakwa bunuh Nuraina Humaira
Tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.
Imigresen tahan remaja warga asing cuba mohon pasport Malaysia
Remaja lelaki itu mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai kanak-kanak berumur 10 tahun dengan ditemani seorang wanita tempatan.