CYBERJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.
Beliau berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
"Kelonggaran diberikan kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan bagi semua transaksi.
"Menerusi kelonggaran itu, LHDN membenarkan semua aktiviti atau industri untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan termasuk e-Invois bil kendiri," katanya pada sidang media khas mengenai pelaksanaan e-Invois di sini hari ini.
Abu Tariq berkata LHDN membenarkan apa-apa diskripsi transaksi dimasukkan di medan "Keterangan Produk atau Perkhidmatan," dan jika terdapat permohonan e-Invois daripada pembeli, penjual turut dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan tanpa mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi.
Beliau berkata dalam tempoh enam bulam, tiada tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap ketidakpatuhan peraturan e-Invois dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan.
"Tempoh kelonggaran yang diberikan ini diharap memberi ruang masa yang mencukupi kepada pembayar cukai untuk memastikan pelaksanaan e-Invois sepenuhnya yang lebih efektif. Ia meliputi kesemua aspek seperti ketersediaan sistem, kelancaran operasi perniagaan dan pengurusan perubahan dalam perniagaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan mengiktiraf pembayar cukai yang berjaya melaksanakan e-Invois mengikut garis masa yang ditetapkan dengan memberikan pengurangan tempoh tuntutan elaun modal daripada tiga tahun kepada dua tahun.
Katanya pengurangan tempoh tuntutan elaun modal itu akan diberikan bagi pembelian peralatan teknologi makumat dan komunikasi dan pakej perisian komputer berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024 hingga 2025.
LHDN sebelum ini memaklumkan fasa pertama pelaksanaan e-Invois akan bermula 1 Ogos ini melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.
Fasa kedua melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM 25 juta hingga RM100 juta, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Dr Abu Tariq ketika sidang media khas berkenaan pelaksanaan e-invois, di Menara Hasil, hari ini. - Gambar Bernama
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Perkembangan terkini banjir di Sarawak
Perkembangan terkini banjir di Sarawak bersama
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.
Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.
Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini
Menurut LHDN, platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.
Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN
Pengemukaan Penyata Bayaran Seksyen 107D secara elektronik (e-107D) merupakan antara perubahan melibatkan perkhidmatan bermula esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
LHDN terima 175 juta e-Invois sejak Ogos lepas
Sambutan tersebut merupakan perkembangan positif yang diterima daripada pembayar cukai bagi fasa pertama pelaksanaan sistem itu.