BENTONG: Seorang kelindan lori meninggal dunia di Hospital Bentong setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi semalam.
Mangsa, V Shunmugam, 69 tahun, yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian kira-kira jam 4.20 petang semalam membabitkan sebuah treler yang terbabas semasa menuruni bukit.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang dinaiki mangsa bersama pemandu berusia 59 tahun mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di Bukit Tinggi.
"Kenderaan tersebut kemudiannya terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh kawasan kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan parah di bahagian kepala dan tangan.
Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita berharap pemandu kenderaan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
"Dan mana-mana pihak yang melihat kejadian ini diminta supaya tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan," ujarnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Sun Jan 08 2023
Treler yang dinaiki mangsa terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh Kilometer 43 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong, dekat Bukit Tinggi, pada Sabtu. - Foto ihsan IPD BENTONG
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Lebuh Raya KL-Karak ditutup lebih 2 jam Khamis depan beri laluan LTdL
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara sukan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, dari 1.45 tengah hari hingga 4 petang pada 13 Okt ini.
Pemandu Camry putih kes langgar lari ditahan polis
Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohd Daud berkata pemandu kenderaan itu kini sedang disiasat oleh pihak polis.