KUALA TERENGGANU: Agihan bantuan kewangan kepada rakyat melalui Tabung Darul Iman mengalami sedikit kelewatan kerana kerajaan negeri perlu mendaftar setiap penerima bantuan ke dalam Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata kelewatan pembayaran itu antara lainnya juga disebabkan proses naik taraf iSPEKS dan ia bukan sahaja melibatkan bantuan kepada penerima Tabung Darul Iman, malah semua akaun-akaun yang lain.
"Proses naik taraf portal ini dimulakan secara berperingkat pada tahun lepas dan ia sudah pun siap pada suku ketiga 2021 dan dalam masa terdekat, pembayaran akan dapat dilakukan mengikut jadual seperti biasa," katanya menjawab soalan lisan Datuk Muhammad Pehimi Yusof (BN-Jerteh) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, hari ini.
Menjawab soalan tambahan Pehimi tentang mengapa peruntukan untuk bantuan Tabung Darul Iman dilihat agak menurun berbanding tahun-tahun sebelum ini pula, Hanafiah berkata kerajaan negeri sedang berusaha untuk mendaftarkannya sebagai Yayasan Darul Iman.
"Dalam tiga atau empat bulan lagi mungkin pendaftaran ini akan diluluskan dan akan memudahkan lagi proses mencari dana kerana lebih banyak syarikat korporat akan menderma untuk yayasan itu.
"Mengenai aduan rakyat yang tidak mendapat bantuan seperti yang diterima pada zaman pentadbiran kerajaan (Barisan Nasional) sebelum ini, saya minta pemohon terlibat membuat aduan terus kepada saya kerana bantuan Tabung Darul Iman tidak pilih kasih, tidak lihat warna kulit atau ideologi politik... semua yang layak kami akan bantu," katanya.
Tabung Darul Iman diwujudkan kerajaan Terengganu untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan seperti pesakit kronik, bantuan perubatan (lampin pakai buang, susu khas, kaki palsu, kerusi roda) dan individu yang ditimpa musibah seperti kehilangan rumah akibat banjir atau kebakaran.
Pada 2020, sebanyak RM6.89 juta telah diagihkan kepada 8,214 penerima diikuti RM5.7 juta kepada 7,243 penerima pada 2021 dan RM1.67 juta kepada 1,421 penerima bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Dalam pada itu, Hanafiah ketika ditemui pemberita di luar dewan memaklumkan kerajaan negeri telah menerima wang bantuan banjir dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebanyak RM7.471 juta untuk diagihkan kepada mangsa terlibat.
"Wang ini adalah khas untuk 7,471 ketua isi rumah (KIR) yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) walaupun rumah mereka ditenggelami banjir.
"Setiap KIR ini akan menerima RM1,000 seorang secara berperingkat mulai minggu depan dengan agihan dilakukan oleh Pejabat Daerah masing-masing," katanya.
Mangsa tertinggi ialah di daerah Kemaman iaitu seramai 4,795 orang diikuti Kuala Terengganu (1,506), Kuala Nerus (636), Hulu Terengganu (261), Setiu (151), Dungun (85) dan Besut (37).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022

Hanafiah Mat berkata kelewatan pembayaran itu antara lainnya juga disebabkan proses naik taraf iSPEKS. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kelewatan pembayaran Tabung Darul Iman kerana masalah teknikal - Exco
Hanafiah Mat berkata kelewatan pembayaran itu antara lainnya juga disebabkan proses naik taraf iSPEKS.