KUALA LUMPUR: Kelantangan Malaysia menggesa negara lain agar menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman Israel ialah ciri utama hubungan antarabangsa negara di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beberapa penganalisis memuji keberanian Anwar bersuara dan membawa pandangan itu ke pentas dunia dalam menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin.
Anwar berani menyuarakan pendapat dan konsisten dalam menyokong perjuangan Palestin. Pada 22 Sept, menerusi kenyataan negara sulungnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Perdana Menteri telah mengetengahkan hipokrasi ketara Barat dalam menangani isu Palestin.
Beliau menyeru usaha pelbagai hala bersepadu yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan semua konflik dan krisis kemanusiaan di dunia.
Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh baru-baru ini, Anwar menggunakan peluang yang ada untuk membangkitkan isu Palestin kepada seberapa ramai pemimpin dan negara lain, menggesa masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pencerobohan berterusan terhadap Palestin.
Konflik Palestin-Israel menjadi tumpuan dan merupakan topik utama perbincangan antara Anwar dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi semasa pertemuan empat mata selepas sidang kemuncak itu.
Anwar turut membincangkan konflik di Semenanjung Gaza yang berterusan dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa di Riyadh, Persiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istanbul dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kaherah semasa lawatan kerja beliau ke negara berkenaan baru-baru ini.
Penasihat Utama Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia Dr Oh Ei Sun berkata Anwar berhasrat untuk diiktiraf sebagai penyokong dunia Islam di barisan hadapan dalam memperjuangkan isu Palestin.
"Oleh itu, tidak hairanlah Anwar secara proaktif membawa pendirian pro-Palestin di peringkat domestik dan antarabangsa. Di negara ini, nasib Palestin mungkin antara beberapa isu yang boleh menyatukan parti didominasi Melayu, justeru Anwar perlu cekap meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam masalah ini," katanya kepada Bernama.
Ketika ditanya sama ada Malaysia akan menjangkakan kesan dari negara Barat kerana memperjuangkan nasib Palestin, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura itu berkata kebanyakan negara Barat memahami keperluan domestik untuk kerajaan didominasi orang Islam atau pemimpinnya untuk menonjolkan pendirian yang lebih pro-Palestin.
Oleh itu, katanya, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara berkenaan mungkin tidak terjejas dengan teruk.
Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers pula berkata Anwar menjadi penyokong tegar perjuangan Palestin sejak awal penglibatannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sangat konsisten dalam pendiriannya.
Beliau berkata isu itu merupakan krisis global dan Malaysia perlu menggunakan platform antarabangsa dan serantau seperti ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan PBB untuk meneruskan perjuangan berkenaan.
"Dasar luar Malaysia terhadap Palestin amat konsisten. Sejak 1960-an, Malaysia begitu menyokong perjuangan penduduk Palestin.
"Malaysia sedang melaksanakan haknya sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Maka, tiada negara termasuk dari Barat yang boleh menghalang Malaysia daripada berbuat demikian," katanya.
Menyuarakan sentimen yang sama, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Badereddin Seyam menghargai usaha Anwar, termasuk gesaannya agar masyarakat antarabangsa mengutuk pencerobohan Israel, menghentikan sokongan terhadap pendudukan dan menamatkan jenayah perang di Gaza.
"Perdana Menteri Malaysia itu berjanji akan mengetuai inisiatif antarabangsa di peringkat serantau dan antarabangsa, terutama ketika lawatannya ke Timur Tengah, untuk menghentikan segera pencerobohan terhadap Gaza dan menolak pemindahan secara paksa.
"Beliau juga komited untuk mempercepatkan operasi koridor kemanusiaan ke Gaza dan menghantar bantuan perubatan yang diperlukan. Kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya menyokong tindakan Perdana Menteri ini," katanya.
Bekas Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menyifatkan pendirian Anwar mampu memberi dorongan kepada gerakan antarabangsa untuk mengarahkan perhatian global kepada isu Palestin, yang dilihat kuasa Barat seolah-olah meminggirkannya.
Beliau berkata pendirian Malaysia itu berisiko mengundang tindak balas, namun negara ini hanya memenuhi keperluan moral dan diplomatik untuk mengatasi krisis yang berpanjangan itu.
"Suara lantang Malaysia ialah galakan bermakna kepada pihak lain seperti ASEAN supaya mengambil pendirian sama terhadap pergolakan di Timur Tengah. Sudah tiba masanya perjuangan pro-Palestin diarusperdanakan semula dalam konteks semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi. - Foto Bernama

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.

ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.

Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.

Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.

Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.

14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.

23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.

“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata