KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan jenama beras sendiri dinamakan Beras Agro Darul Naim bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Beliau berkata, bagi merealisasikan usaha itu satu peruntukan khas bagi membangunkan kilang padi dan beras akan dilaksanakan.
"Usaha ini adalah kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bersama rakan pelabur.
"Pada 2024, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan kilang padi dan beras di Meranti, Pasir Mas," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Tuan Azhar Salleh (Pas-Pulai Condong) berkaitan cadangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan beras jenama sendiri pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata, kerajaan Kelantan juga mengambil beberapa langkah lain bagi mengatasi isu dan cabaran dalam keterjaminan makanan di negeri ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Negeri Kelantan.
"Jawatankuasa ini melibatkan pelbagai agensi termasuk kerajaan Persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil institusi pendidikan tinggi bagi menyelaraskan gerak kerja dan perancangan projek serta memperhalusi isu-isu berkaitan keterjaminan makanan.
"Kita juga memberi insentif secara bersasar dan selektif kepada golongan sasar serta pembangunan ladang contoh untuk petani bagi menarik minat orang awam untuk menyertai sektor pertanian," katanya.
Menurut beliau, Jabatan Pertanian meningkatkan proses pemindahan ilmu, teknologi dan teknikal kepada masyarakat menerusi program dan bengkel latihan seperti Agri Bio Class, Seminar Semarak Organik Al-Falah dan Diskusi Organik.
Beliau berkata, kerajaan negeri turut membangunkan aplikasi teknologi di lapangan melalui kaedah penyertaan pemerhatian serta menjayakan Kempen Tanam Nyor Al-Falah ke-13 melibatkan 1,300 penerima. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan jenama beras sendiri dinamakan Beras Agro Darul Naim tahun hadapan. - Gambar hiasan

RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih di 13 Klinik Kesihatan (KK) di Melaka pada tahun ini.

Alumni PTD gesa tindakan tegas tangani rasuah dalam perkhidmatan awam
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah yang tegas dan tuntas bagi menangani rasuah dalam sektor awam.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Kelantan keluarkan jenama beras sendiri tahun hadapan
Kerajaan Kelantan akan keluarkan Beras Agro Darul Naim bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri tersebut.