BESUT: Kerajaan perlu memberi penekanan kepada pembangunan wanita dalam usaha memperkasa golongan itu dari semasa ke semasa.
Faktor peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan lebih ramai wanita kini mengambil langkah untuk berniaga kecil-kecilan mahupun secara dalam talian bagi menampung kos keperluan harian keluarga.
Oleh itu, mereka mengharapkan bantuan kewangan mahupun latihan dapat disediakan kerajaan bagi membolehkan kelompok sasar itu mengembangkan perniagaan sekali gus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Peniaga kedai makan Norhashimah Che Mahmood, 55 tahun, berkata dia memerlukan modal untuk memulakan kembali perniagaannya yang terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
“Harapan saya kalau boleh bagi mempermudahkan lagilah bantuan macam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke apa kan.. Sebab kita memerlukan modal untuk memperluaskan perniagaan kita ni.
“Setakat ini payah sikit... banyak prosedur yang kita perlu ikut untuk mendapatkan modal bantuan. Kita nak, kalau boleh, permudahkanlah urusan kita membuat pinjaman berniaga,” katanya.
Penggiat pelancongan
Sementara itu, Pengusaha Pusat Rekreasi Noradiana Kaswadi, 33 tahun, pula mengharapkan kerajaan tidak meminggirkan penggiat pelancongan yang dalam proses memulihkan ekonomi mereka.
“Selepas daripada pandemik COVID-19 ini ramai golongan yang terjejas terutamanya wanita. Saya terlibat dengan industri pelancongan sendiri, jadi bila kita tak beroperasi, kita hilang pendapatan termasuk dengan staf-staf saya semua, yang terdiri daripada (pekerja) bahagian kafe, kebersihan... Jadi kita harapkan kerajaan dapat bantu pulihkan kembali pendapatan kita.
“Industri pelancongan paling teruk terjejas, sebab kita tak boleh nak beroperasi sejak daripada tahun lepas lagi. Kalau boleh, kerajaan selitkan sedikitlah bantuan kepada pemain industri ini sendiri,” katanya.
Peluang pekerjaan
Bagi kerani, Siti Nur Atira Sukiman, 22 tahun, dia menyaran agar kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat golongan wanita.
“Sekarang harga barang dah semakin naik jadi untuk gaji boleh dinaikkan lagi dari basic RM1,000 lebih dan ke atas lagi. Kita sekarang dalam era yang semua barang dah naik harga. Musim pandemik lagi perkara itu boleh membantu kaum wanita, ibu-ibu yang ada kat rumah untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya.
Ibu tunggal
Sementara itu, seorang pekerja kebersihan, Nor Aini Omar, 49 tahun, yang juga ibu tunggal, berharap kerajaan dapat membantu golongan senasib dengannya yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
“Kalau boleh biarlah ada bantuan tambahan untuk ibu tunggal yang kurang bernasib baik dan mempunyai tanggungan anak ramai. Ini kerana dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dihadapi mereka,” katanya.
Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pendigitalan dan agenda wanita akan terus diberi keutamaan dalam Bajet 2022 yang bakal dibentangkan pada 29 oktober depan.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Mon Oct 25 2021

Wanita di Terengganu ini (dari atas kiri, ikut pusingan jam) Noradiana Kaswadi, Nor Aini Omar, Siti Nur Atira Sukiman dan Nor Hashimah Che Mahmood berharap nasib wanita seperti mereka dapat diberi perhatian khusus. - Astro AWANI

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Kelangsungan hidup, peluang kerja: Harapan wanita di Terengganu tentang Bajet 2022
Wanita Terengganu berharap kerajaan dapat memberi fokus pada perusahaan kecil, penggiat pelancongan, tangga gaji dan bantuan ibu tunggal.