KUALA LUMPUR: Menjamin kelangsungan golongan petani dan nelayan menjadi keutamaan kerajaan selain menggerakkan beberapa usaha yang berdampak besar dan memberi manfaat yang sebaiknya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut sepatutnya dibicarakan oleh semua pihak ketika masyarakat dipaksa dengan politik kebencian yang tidak berkesudahan.
"Adalah menjadi komitmen kerajaan bahawa golongan petani, peladang dan nelayan dibela sebaiknya," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Menurut Perdana Menteri beliau telah menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan golongan petani dan nelayan antaranya menyalurkan bantuan subsidi dan insentif untuk industri padi dan beras berjumlah RM1.62 bilion.
"...menyediakan sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan sebanyak RM228 juta, meneruskan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Laut dengan kadar bayaran RM300 sebulan dan lain-lain," katanya.
Anwar berkata Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan sebanyak RM5.39 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi tahun ini iaitu kenaikan sebanyak 12.06 peratus berbanding RM4.81 bilion pada tahun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Perdana Menteri telah menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan golongan petani dan nelayan. - Astro AWANI / Shahir Omar
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco
Teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.
Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.
KPDN serah kepada KPKM teliti semula penyasaran subsidi diesel libat petani
KPDN menyerahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meneliti semula penyasaran subsidi diesel yang melibatkan petani.
Cuaca panas: Penternak, petani ambil langkah waspada
Cuaca panas dengan suhu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius di negeri Kedah memaksa penternak dan pesawah lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti penternakan serta pertanian.
Padi 'tidak menjadi' akibat cuaca panas - Petani
Petani terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lepas dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan dan kering.
Kenaikan harga lantai belian padi bantu petani di Kedah
Seorang petani berkata, walaupun hasil tuaian padi sedikit berkurangan musim ini, kenaikan harga lantai mengurangkan kerugian dihadapi.
Pangkalan data raya rekod, daftar petani di Malaysia bakal diwujudkan
Satu pangkalan data raya yang merekodkan dan mendaftarkan petani di Malaysia bakal diwujudkan bagi memudahkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani, menurut Kementerian Pertani
Isu petani di Tambun: Kerajaan Negeri Perak rugi jutaan ringgit - MB
Petani tersebut tidak membayar premium dan cukai tanah pertanian serta lesen pendudukan sementara (TOL).
Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.
Kelangsungan golongan petani, nelayan jadi keutamaan kerajaan - PM
Perdana Menteri telah menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan golongan petani dan nelayan.